AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

(>w<) Slow juga line ni.

Bersyukur juga aku dalam keadaan yang sangat perlahan untuk berinteraksi melalui talian internet ini, paling kurnag aku masih dapat mencari maklumat untuk tugasan walaupun slow... Syukur juga kerana sambungan ini percuma. Hehehe.. Thanks IPGKS Miri. Tetapi nak juga share di sini mengenai perbandingan talian di seluruh dunia. Biar kita lihat betapa besar ruang perbezaan aliran maklumat di antara negara maju dan negara kita. Kerana kita tahu juga akan kelebihan dan kebaikan memiliki sambungan yang laju terutamanya dalam dunia yang kian bersifat global dan menyangjung ICT.

Lihat gambar di bawah, cuba cari dimana kedudukan negara kita:



Saat2 akhir membuat tugasan, Line internet akan menjadi mangsa. Maklumlah... proses mencari maklumat (harap2 budaya copy paste makin berkurang) dilakukan serentak pada masa yang sama. Sekarang ni saya menggunakan line wireless IPG. Syukur kerana pihak IPGKS Miri tidak mengenakan bayaran terhadap kemudahan ini.

Tapi dengar cerita tempoh warranty untuk menyelenggara kemudahan ini hampir tamat. Perjanjian dengan pembekal hendaklah dipatuhi. Saya risau akan masa hadapan wireless di sini. X apa!! Guna selagi masih ada!

Pengajarannya banyak, kita kena bersyukur juga kerana dalam keadaan ini kita akan berusaha berdikari dan tidak bergantung sahaja kepada maklumat yang dibekalkan oleh internet. Tak lah kita teringin sangat nak tekan "ctrl+c" dan "ctrl+v" hehehe. Terdapat banyak sumber di luar sana. Usah meringkuk dalam bilik, berjalanlah keluar dan bertemulah dengan rakan, go to pusat sumber or buat pemerhatian di luar. Ambik gambar sendiri guna telefon mahal tu. Usah Copy gambar dari google.. Tapi kalau nak ambik gambar salji macam mana? Hahahaha! terpaksa Google la..or tangkap gambar pada buku di pusat sumber.

-TQ (^^)-

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...