AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

(>.<) 20 Perkara untuk mencintai lebih baik dari semalam

Salam sejahtera, perasaan cinta ada di dalam jiwa kita. Ada yang mengaku bahawa dia tidak ada rasa cinta, kira tergolong dalam OKU lah tu... Sedangkan Insan yang istemewa pun memiliki rasa cinta dan kasih sayang.


Ok, kalau macam tu kita layan jer benda yang mencirikan manusia la, kita semua nak jadi insan yang lebih baik dari semalam. Ini aku nak kongsikan beberapa tips untuk menjadikan hubungan itu lebih indah.

  1. Saling mencintai
  2. Jangan beri terlampau banyak alasan
  3. Jangan berbohong
  4. Setia dan selalu cuba mendekatinya
  5. Saling memahami
  6. Belajar untuk mengalah biarpun anda x salah
  7. Jangan pernah bercakap mengenai perpisahan apa lagi merancang mengenainya!
  8. Jangan kata anda dalam keadaan baik jika anda sebenarnya ada masaalah
  9. Berkongsilah masaalah, jadikan dia seperti payung tempat dirimu berteduh
  10. Jangan bercakap mengenai kekasih lamamu apa lagi membanding beza mereka
  11. Peka terhadap perasaan si dia
  12. Jika salah faham berlaku, jangan biarkan hari berlalu! Buat sesuatu!
  13. Jangan menjadi yang sempurna jadilah yang betul dan ikhlas + Jujur.
  14. Belajar mendengar guna hati, bukan kepala lutut.
  15. Jangan biarkan si dia bercakap sendiri dalam telefon, beri respond la!
  16. Jika anda minta maaf... Buktikan yang anda menyesali kesilapan itu.
  17. Jangan terlalu kerap minta maaf tanpa sebab, ia akan membuatkan dia rasa bersalah.
  18. Jangan keras kepala untuk memaafkan jika sayang
  19. Beri dia ruang untuk bergaul dengan kawan, jangan kongkong!
  20. Bawa dia berdoa time makan or bila perlu, Guna phone loud speaker bila jauh, bila dekat sama2 doa la.
Ini yang aku rasa ngam lah... Jika x setuju diam2 la. Aku ni baca dan bertanya pada kawan2 jadi rasa2 nya selepas aku bertanya pada diriku sendiri, akhirnya aku rasa tips2 di atas fit for me as a person who wana be loved. Jangan asyik kita je minta untuk dicinta.. belajarlah mencintai dan menjaga hati. ~TQ(^^)~

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...