AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

(~,~) Bercakap mengenai jiwa cinta?

Dalam menghadapi cabaran dalm kehidupan, kita mampu berfikir bagaimana cara untuk menyelesaikannya. Sehinggakan para ilmuan seperti Skinner dan Maslow telah memikirkan cara dalam bentuk teori dan formula yang dipercayai dapat membimbing kita dalam membuat keputusann. Namun kali ini, saya ingin berkongsikan dengan anda semua wahai pembaca yang memiliki perasaan. Sebijak manapun anda, sehebat manapun teori anda, jika berhadapan dengan isu cinta kita akan kerap bersemuka dengan cermin dan mendapati semua teori yang kita pelajari tidak begitu sesuai.

Kita hendaklah sedari bahawa masaalah mengenai perasaan terutamanya cinta tidak tergolong dalam masaalah seharian dan masaalah dalam pengurusan seseuatu organisasi. Di sini kita berhadapan dengan masaalah yang melibatkan emosi dan segala isu keperluan serta kehendak hendaklah difahami sebaik-baiknya.

Saya ingin bertanya kepada pembaca yang celik akal ini. Mengapa kita sering menyuarakan masaalah kita dalam laman sesawang? Saya nak kongsikan pengalaman saya sepanjang memiliki akaun Face Book. Setiap pagi saya selalu lepak di laman muka buku itu. Sering kali juga aku melihat komen yang berbaur keluhan dan rintihan. Saya tertanya-tanya, mengapa harus diluahkan di dalam muka buku? Dimana mak ayah? dimana cintamu? dimana rakan baik? adik beradik? Mereka antara insan yang boleh kita kongsikan perkara yang terbuku dalam hati. Mungkin juga mereka ni sedang meminta perhatian daripada sesiapa yang sudi. Namun persoalannya di sini... sejauh mana cara-cara yang kita gunakan ini (tidak terikat dengan luahan melalui muka buku sahaja tetapi melalui banyak cara lain juga) dapat membantu kita menemui jawapan bagi masaalah di jiwa?

Sebenarnya masaalah sebegini x lah sampai memudaratkan jika kita mampu berfikiran waras. Banyak insan yang kecundang dalam menangani dan menghadapi masaalah sebegini. Ada yang mengambil jalan mudah dengan mencabut nyawa diri, ada yang berparti untuk release tension, ada yang... macam-macam ada..

Saya berpendapat, jika dua insan yang bercinta sedang menghadapi krisis. Mereka hendaklah cuba sebaik baiknya mengawal kesan emosi negatif dalam menyelesaikan masaalah di jiwa. Sebaik-baiknya hendaklah ada unsur tolak tambah, seorang caranya sejuk dan seorang caranya panas... sekiranya kedua-duanya panas.. teruk la keadaannya. Tapi selalu juga saya dengar, perselisihan itu membuatkan semuanya semakin erat.. Jika unsur sejuk dan sejuk.. dingin la jadinya.. last-last perlukan pihak ketiga untuk membantu menyelesaikan masaalah.



Sebaik-baiknya pasangan tersebut hendaklah dinamik. Jika si lelaki hari ini panas.. si perempuan boleh menegur guna cara sejuk (cara halus dan lembut..bukan ilmu halus macam kuasa mistik or main santau2 or nasi kang-kang..HAhahhaa!!). Jika si perempuan moody dan jadi panas, si lelaki pandai2 la pujuk.. Mungkin banyak yang mengatakan "aku ni, kalau dalam bab memujuk.. memang tak lulus lah" "pujuk memujuk? Tak kuasa I~" "Jangan nak mengada nak minta pujuk, nanti I bagi pelempang baru u tau" bagi aku, orang yang mengeluarkan statement ini masih belum matang dan belum layak bercinta. 

Why? dalam agama mengajar kita mengasihi insan yang kita sayang... dalam mengasihi itu, memujuk merupakan satu aspek yang penting dalam menjaga hati serta menjaga jiwa orang yang kita cinta. Jika orang yang tak suka sangat memujuk tu, mereka mungkin sekadar buat lawak sahaja bila menyatakan bahawa mereka tak tahu memujuk, namun jika mereka memujuk.. wahhh power beb.. hehehe. Yang pasti jika kita cinta maka kita harus mahir memujuk walaupun pujukkan itu hanya 3 patah perkataan "I sorry darling". Lagipun kita x boleh sangat keras kepala, jangan terlampau keras kepala! X elok... Macam mana ilmu nak masuk.. macam mana berkat nak sampai?



Cinta dan suka x sama. Jika suka kita x wajib memujuk... sebab lepas suka kita boleh benci dia. JIka Cinta, benci atau tidak kita tetap sayang dia. Kalau sayang.. jangan buang walaupun dah jadi bantal bucuk..hehhee.. belajarlah memujuk. Ini nasihat dari Aku Malas a.k.a Chrisroyston!! HEhehe, kedukaan hati.. hanya masa yang dapat mengubatinya.. setiap orang ada waktunya tersendiri. Jika cinta.. maka cintai selagi dia masih bernyawa.

So resepi yang aku nasihatkan u all jika nak mengasihi sebagai pecinta yang baik adalah, mengasihi, menyayangi, memahami, mengampuni, mencintai, setia dan saling melindungi satu sama lain.

~TQ(^^)~

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...