AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

(>.<) Buang GIAN / KETAGIH Karate dengan bergambar!

Aku sememangnya sangat suka bermain dengan kamera, sampaikan Duck Face pun pernah aku cuba! Bermain dengan kamera compact semua orang mahir! Tetapi x semua tahu akan disiplin fotografi yang ada. Yang kita tahu, tekan (autofocus) tekan kuat lagi (Snap!!). Dan terhasilah gambar berformat Jpeg! Hehehhe.. Menarik atau tidak.. kita pilih kemudian, kalau dulu..mana boleh edit2 gambar..memang kena ambik betul2 dan hati2. Dulu kita guna filem peka cahaya (kita selalu sebut kodak bukan KodoK) mana boleh delete. Kena cuci dulu, baru tahu hasilnya! Sekarang mudah je.. snap, snap dan snap.. murah hanya guna memory kad je..



Ok!! Aku ni sedang ketagih karate ni!! Lama dah tak turun ke Dojo. Kalau ikutkan tak lama lagi upgrade tali pinggang! Aku dah miss upgrade yang satu dulu.. maka masih warna Hijau la aku... Hehehe, nak kata hebat x la sangat, sekadar hobi dan gaya hidup aktif (malas nak duduk je.. belajar karate lah). Ni nak share antara gambar hari ini la... Lokasi belakang asrama IPGKS Miri..





Pertama kali dulu, aku ingat join kelab Karate Shitoryu sekadar suka2 je.. Pada akhirnya aku jatuh cinta dengan ilmu mempertahankan diri ini. Ia bukan sekadar sukan, ia adalah satu falsafah kehidupan dalam pergerakan fizikal.. ia bukanlah satu keganasan.. ia adalah kaedah mendisiplinkan diri. Bak kata tok guru aku, jika kami mencederakan lawan..kami dikatakan gagal.. Tetapi jika kami menumpaskan lawan tanpa mencederakannya ia satu yang lebih murni. So.. saya harap, bulan depan aku dapat meluangkan masa bersama tok guru yang bernama Ting Kui Leung di Kenshinkan Dojo Miri. Ini link gang kami. 

~TQ(^^)~


0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...