AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

(+.+) Budaya provokasi Masa Kini

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Aku yang malas ini tiba2 malas berdiam dan malas nak masuk campur. Tapi ada perkara nak aku kongsikan dalam penulisan kali ini. Tajuk penulisan kali ini adalah Budaya Provokasi Masa Kini.

Provokasi merupakan serangan minda yang diluahkan menjadi rangsangan untuk mengapi-apikan keadaan. Ada kebaikannya dan keburukannya. Gunakan dengan berhati-hati.

Pada masa kini provokasi boleh berlaku dimana-mana. Di dalam rumah, suami membunuh isteri disebabkan provokasi. Dunia politik menjadi hangat kerana provokasi. Pengguna jalan raya terkorban disebabkan provokasi. Apakah itu provokasi? Sehinggakan dari dalam rumah sehingga ke dunia sekeliling boleh terkena tempias provokasi ini. Merujuk kamus Oxford siri ke-10, provokasi merupakan satu tindakan dari seseorang yang akan merangsang emosi individu lain dari sudut negatif dan menimbulkan ketidak senangan kepada pendengar. Ia biasanya dikaitkan dengan perasaan marah dan ketidak puasan. Akhirnya menjurus kepada tindakan.

Elakkan pertengkaran (eh? gambar aku la dalam tu!!) berbincang dengan betul
Kini masyarakat kita berhadapan dengan budaya provokasi yang melampau. Keyakinan diri yang kurang dan perasaan paranoid atau terancam membuatkan seseorang itu terdedah dengan provokasi daripada individu yang lain. Individu yang melancarkan provokasi ini boleh kita sebut sebagai batu api. Isu rumah tangga pada masa kini, pertengkaran biasanya berlaku disebabkan rasa curiga yang melampau terhadap pasangan masing-masing. Bagaimana provokasi boleh muncul dan mencetuskan keruntuhan institusi rumah tangga ini? Biasanya ia dimulakan apabila pasangan tersebut melibatkan orang yang ketiga. Orang ketiga ini boleh memainkan peranan sebagai rakan yang menasihati atau rakan yang disangka memiliki hubungan yang istemewa dengan pasangan masing-masing. Biasanya masyarakat kini jarang memilih jalan untuk berbincang secara terang-terangan sehinggakan perbincangan dan keputusan dijalankan dalam keadaan yang tidak berkesan iaitu dalam keadaan yang melibatkan orang tengah. Perasaan negatif bercampur dengan rasa kecewa serta marah akan menjadikan salah faham menjadi makin teruk.

Isu yang timbul hendaklah dijelaskan dengan tenang.


Pada masa kini remaja kian seronok menikmati makna provokasi. Darah muda yang mengalir dalam diri mereka menjadikan setiap remaja merasakan diri mereka berada di puncak dunia. Contoh yang terdekat dengan masyarakat kita, dalam U-Tube kerap kali kita melihat video mat rempit menjadi magsa kemalangan. Provokasi memainkan peranan dalam memangkin isu ini. Remaja yang seronok menyuap rakan-rakan mereka dengan provokasi yang mampu menaikkan semangat mereka menyebabkan mereka berani mencuba pelbagai perkara yang luar biasa. "Apa la you, ini you kata lelaki sejati?!!, kau ada biji ke?" ini merupakan contoh ayat yang biasa dititurkan oleh golongan yang sedang menghayati kenikmatan provokasi ini. Mereka menggunakan provokasi untuk kepuasan diri, mereka saling cabar mencabar untuk menikmati gaya hidup yang tidak sihat.

Masyarakat masa kini semakin bijak. Provokasi yang dicipta boleh wujud dalam pelbagai bentuk daripada rakaman video sehinggalah semudah secara lisan sahaja. Masyarakat masa kini semakin berani melancarkan provokasi yang mampu mencerai-beraikan sesuatu institusi demi kepentingan sendiri. Adakalanya provokasi yang melampau menyebabkan seseorang itu kehilangan nyawa. Provokasi boleh berlaku dalam pelbagai cara dan suasana yang menarik! Seperti dalam filem yang memiliki unsur perkauman, individu yang fanatik dan cetek akalnya akan menganggap ini satu isu dan mula mengapi-apikan isu ini x kira di internet atau melalui maklumat lisan dari mulut ke mulut.

Sekiranya konspirasi bertemu dengan provokasi, kekeliruan maklumat akan berlaku. Provokasi pada masa kini menjadi semakin kompleks. Politik kian menjadi panas, perhimpunan yang seharusnya aman menjadi kacau bilau. Apakah ada insan yang menyelit di celah-celah isu ini dan cuba menimbulkan provokasi melalui konspirasi? yang pasti, sesiapa yang memperjuangkan sesuatu selalunya ada matlamat yang tersendiri. Provokasi semestinya berpotensi untuk menghangatkan lagi keadaan. Keadaan hendaklah hangat kerana masyarakat masa kini hanya peka terhadap sesuatu yang panas. Sesuatu yang panas biasanya akan didengari sehingga ke luar negara sehinggalah timbul satu lagi masaalah iaitu, ketepatan maklumat. Provokasi daripada pelbagai individu ataupun media yang berani menyimpulkan pendapat peribadi yang berbaur emosi akan menjadikan maklumat yang disalurkan itu tidak tepat. Ada kalanya maklumat tersebut akan memburukkan lagi imej negara.

Perhimpunan yang aman dapat berjalan dengan lancar dan tiada kekecohan berlaku


Provokasi memiliki sudut gelapnya, tetapi jika diggunakan dengan cara yang betul ia akan menjadi pemangkin yang positif. Malangnya masyarakat masa kini memiliki budaya yang menjurus kepada keseronokan terhadap keganasan. Isu yang hangat menarik perhatian daripada isu kitar semula. Seharusnya kita mahir menggunakan provokasi untuk tujuan yang baik, seperti yang kita ketahui dalam Teori Pengurusan provokasi dapat diggunakan untuk mendisiplinkan murid atau individu. Provokasi juga memiliki kesan gelombang, yang dapat menyampaikan mesej denagan cepat. Kita dapat melihat situasi ini dalam penulisan Canter Management Theory yang menekankan disiplin dan sokongan moral amat penting dalam memajukan seseorang insan. Kita provoke anak kita dengan cara yang betul agar mereka berjaya "Ahhh.. ayah hanya belikan hadiah untuk mak.. sebab mak rajin.. adik rajin ke?" atau seorang jurulatih memberikan provokasi kepada anak muridnya "itu sahaja yang kau dapat buat? datuk dia lagi baik dari kau, kalau kau tak menang tinju round ini, jangan harap kau nak jumpa aku!!" selepas permainan "maafkan saya, sebab paksa kamu di gelangang tadi, tahun depan kita cuba lagi, kita berlatih lebih kerap lepas ni". Seharusnya setiap provokasi ada penutupnya, penutupnya hendaklah baik dan menyenangkan. Hanya individu yang bijak dan memiliki kemahiran sosial yang baik derta EQ yang cukup dapat memanfaatkan sepenuhnya kuasa provokasi untuk tujuan positif.

Sebagai pendengar, kita hendaklah menjadi pendengar yang aktif agar kita tahu perkara yang diperkatakan. Kita haruslah tidak mudah melatah dan tidak mudah termakan umpan sesuatu provokasi. Budaya provokasi pada masa kini semakin liar dan kita hendaklah bersedia dari segi mental dan ilmu. Agar kita tidak mudah terpengaruh dan mengambil keputusan terhadap sesuatu perkara yang kita sendiri tidak tahu asalnya, yang kita sendiri tidak tahu situasinya.

~TQ(^^)~

2 Comment:

shinji izac said...

perasan x, malaysia nie teruk sangat la ngn die punye provokasi.. tak kisah la dari mane2 pihak pun... kan kan?

AkuMalas said...

@shinji izacRelaz be cool..selagi dia tak tarik gaji aku..x rosakkan kereta dan moto aku..Im enjoy jer di sini..tapi..kalau keadilan dah kian pudar.. Kita semua harus bersatu.

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...