AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

(>.<) Burger untuk menambah saiz otot

Kita sering kali berfikir bagaimana cara untuk menambah saiz otot dan kekuatannya. Kita sering putus asa sekiranya gagal menaikkan berat badan yang kita inginkan. Ramai yang bosan denagan keputusan yang diperoleh setelah melalui program pemakanan yang disyorkan oleh mana2 individu.. namun hasinya tidak berbaloi. Tambahan pula, ramai yang kecewa selepas mendapati berat badan mereka naik bukan kerana penambahan otot melainkan penambahan lemak. Semua insan di dunia, mengidamkan bentuk badan yang menarik, saya tidak terlepas untuk berangan-angan sedemikian.. dengan ini saya menemui resepi untuk mencapai mimpi saya itu! Di sini saya ingin kongsikan resepi terbaru untuk membantu anda menambahkan saiz otot..



Mempersembahkan resepi terkini Burger AKU Malas!! Aku namakan resepi ini Four Combo Gaining Burger!!!


1. Burger yang pertama adalah Less fat banyak protin burger!! Resepinya=Amalkan pemakanan yang kurang lemak dan gula.
2. Burger serat glove perisa masin peluh penuh usaha. Resepinya= Utamakan keselamatan dalam bilik senaman dan berusaha gigih dengan bijak, jangan hentam kromo.
3. Burger Zat Besi berkilo. Resepinya= Buat perancangan dan fahami nutrisi yang sihat sebelum mengambbil mana2 program fitness yang akan anda lalui.
4. Burger pure black protin tepi speaker!. Resepinya= Makan makanan yang sesuai dengan keperluan bukannya dengan kehendak.

Hahahaha!! Semoga anda tahu sekarang bahawa wujud burger yang dapat membantu anda menaikkan saiz otot hanya dengan duduk dan makan dan tidur dan makan balik dan tidur dan main FB sahaja.. Ok, pengajarannya.. Cara menaikkan berat badan yang betul adalah dengan bersenam dan bukannya makan sahaja dan tambah lemak kat punggung dan perut.
Ok la.. jangan marah arr.. ada isi tersirat dalam setiap resepi tu. Hope u all amalkan gaya hidup sihat, well.. walaupun aku blogger yang malas.. x bermakna aku ni x pergi bersenam.. sebaba aku MALAS JATUH SAKIT!!! so, kena amalkan gaya hidup sihat! Love u all.. ~TQ(^^)~

5 Comment:

AkuMalas said...

ini baru burger!

Encik H said...

aaa...ini gambar kau ke?

#kalau kau tumbuk aku, mesti aku terus nangis :(

AkuMalas said...

@Encik Haaa... x la sekejam tu!adui..dulu ku kecil dan slim..hatiku masih sama.. ada taman.Hehehe! (^^)

shinji izac said...

kunyah sampai hancur x besi tu..
ke gigi dah hancur..hikhikhik..

AkuMalas said...

@shinji izac Gigi aku dah hancur..kini aku menggunaan gigi emas..huhuhu..

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...