AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

(-.-) Cakap2 Aku Malas: Cabaran berFamily Masa Kini.

Salam sejahtera semua, kini aku nak berkongsikan apa yang aku rasa mengenai kehidupan kita pada masa kini.

Mari kita fikirkan bersama perkara ini. Kehidupan pada masa kini tidak sama seperti zaman 20 tahun yang lalu. Mengapa? Kini cabaran untuk meneruskan kehidupan sangat besar. Sedangkan bagi mereka yang masih singgle pun zaman kini sangat sukar untuk menguruskan perkara2 yang menjadi keperluan. Contohnya, Pelajar kita kini sanggup berikat perut dan makan mee segera untuk meneruskan kehidupan di universiti. 

Globalisasi merupakan antara faktor kepada cabaran yang kita hadapi kini semakin meningkat. Apa lagi yang merungsingkan kita pada masa kini? Kos untuk hidup, kerja, gaji, anak dan pasangan. Ya, bercakap menegenai pasangan saya terfikir akan perkara yang berkaitan dengan keluarga pada masa kini. Saya mendapati jika kita yang singgle ini sudah sukar untuk mengekalkan kestabilan diri dalam menghadapi cabaran dunia pada masa kini, apa lagi jika kita bandingkan dengan kehidupan keluarga pada masa kini.

Ramai yang selalu tersilap anggar mengenai hidup berkeluarga pada masa kini. Ramai yang menganggap bahawa:
  1. Lepas kawin makin banyak duit
  2. Gaji suami isteri gabung makin la kaya
  3. Gaji dia untuk rumah gaji aku untuk anak dan kreta
  4. Lepas berkeluarga ada lah yang tolong buat kerja aku ni
  5. Lepas kerja semakin mudah la urusan di luar sebab ada dia yang tolong
  6. Bestnya dapat keluar makan dan makan angin
Ayat di atas merupakan antara pernyataan yang sering kita lihat dan dengar dari mulut2 yang sangat yakin dan percaya bahawa mereka mampu menghadapi kehidupan berkeluarga dalam zaman yang sangat mementingkan material pada masa kini.

Kita terlalu mengutamakan unsur material (duit dan harta) sehinggakan kita lupa akan tujuan kita bersama yang utama adalah untuk saling memenuhi dari segi emosi, jiwa, roh... bukannya kita ditemukan semata-mata untuk gabung gaji untuk jadi lebih kaya. (kecuali seorang daripada pasangan tersebut manjadi raja kuku besi hahaha..)

Ok, saya lihat dan fahami, hidup berpasangan pada zaman remaja tidak sama seperti selepas kahwin, kerana selepas kawin itulah kita akan melihat segalanya (bukan segala pada badan..jangan kuning otak tu, hehehe) Kita akan mengenali pasangan kita dengan lebih mendalam. Sehinggakan kita sangat ingin semuanya sempura dan perhatian mula ditagih. Perkara kecil pula menjad isu:

  1. Kasut tu tak diletak dengan kemas!
  2. Surat khabar suka hati je diletak di atas meja!
  3. Tak tahu basuh pinggan sendiri?!
  4. Lama dah x melancong ni.. bila lagi?!
  5. Anak macam perangai bapak!
  6. Lupa padam kipas!
  7. Nak makan luar..
  8. Tuala tu tak diganung!
  9. Awak ni, cepat la turun! abang dah tunggu! Ni bergincu dan berbedak sampai 1 jam!
  10. Kucing kesayangan kita u lah beri makan kali ni.. 
  11. Sampah dah berlambak! nak tunggu aku ke buang?
Perkara di atas merupakan antara contoh benda yang sering menjadi isu di dalam hidup berkeluarga. Apakah masaalah utama kita di sini? kesefahaman dan komitment dalam hidup berpasangan ini sesungguhnya amat penting. Adakah kita sudah cukup matang untuk hidup bersama dan berhadapan dengan sikap si dia? Kita harus saling memahami... mengasihi... memaafkan... doa banyak2. Jangan lepas kahwin kita lupa Tuhan pula.

Manjadi ibu bapa pada masa kini membuatkan kita sentiasa menghadapi cabaran. Anak-anak pada masa kini diancam globalisasi! 20 tahun yang lalu sungguh asing dan tidak sama jika dibandingkan dengan keadaan masa kini. Apa yang ibu bapa saya risau tentang saya?
  1. Anak kita asyik main game jer.. x pandai bergaul dan bersosial di luar..
  2. Aduh, DVD ni ada unsur gairah sikit la.. saya nak tengok ni bersama anak ke?
  3. Anak saya asyik menyebut kehebatan kawannya di sekolah... apa mereka buat?
  4. Aku menjadi mesen ATM.. Anak aku ingat aku ni tukang beri duit je? kasih sayang?
  5. Dah baru 12 tahun pandai bercinta? surat untuk siapa ni anak?
  6. Meninggikan suara pasa maknya... aduh..
Bayak perkara yang akan kita hadapi. Jika difirkan dari segi keewangan, kita sesuangguhnya sangat mudah tewas merancang di dalam dunia yang pantas ini. Keperluan anak kita hendaklah dipenuhi sebagaimana pasangan kita dan diri kita. Namun beban kerja sentiasa ada, 12 jam sehari kerja dan 12 jam untuk keluarga. Adakah 12 jam itu diggunakan sepenuhnya? Fikir-fikirkanlah...

Kita hendaklah memiliki perancangan. Perancangan bukan sahaja untuk perkara materialistik tetapi ikatan intim antara keluarga sangat penting. Sesungguhnya kita tewas dalam menempuh kehendak material, biarlah institusi keluarga kita tidak runtuh, kerana kita ada mental yang kuat dan berfikiran positif. Biarlah agama menjadi panduan utama bagi kita dalam melangkah dalam dunia global ini.

~TQ(-,-)~

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...