AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

(-.-) Cakap2 Aku Malas: Dunia yang menilai kita?

Salam sejahtera kepada semua yang membaca entri ini! Saya nak bercakap lagi ni. Banyak benda yang berlegar di minda ini. Maklumlah, bila mata dah terbuka dan menyedari bahawa, setiap kita ni ada nilainya...

Pada suatu hari aku menaiki lif untuk shopping. Sedang aku bercakap ada seseorang tua ini memandang aku yang memakai pakaian kemeja bertali leher baru balik dari Praktikal di sebuah sekolah. Kemudian aku bertanyakan khabar kepada beliau dan beliau membalas balik, perbualan kami semakin rancak disebabkan beliau membuka topik mengenai perhimpunan Bersih. Lif tu lambat sampai ke destenasi, kerap kali berhenti. Setelah lama berbual, dia menanyakan aku sesuatu, ingatkan nak tanya nama.. rupanya dia tanya kerja aku. Nampak tak? kongklusinya cerita dalam lift itu:
  1. Orang kini ada nilai
  2. Awak kerja apa?
  3. Gaji berapa?
  4. Pangkat bila nak naik?
  5. Kereta jenama apa?
  6. (tengok kasut) wah, nice shoes.. ;-)
  7. Tak tanya nama dan asal aku pun..
  8. Your education level please...
Well, setiap orang dari anda sudah diletakkan harganya. Setiap manusia di dunia sudah ada nilai. Benar! Permata akan dijaga dengan lebih baik jika dibandingkan dengan aluminium.. Manusia yang bernilai tinggi akan mendapat lebih banyak manfaat dari segi layanan dalam komniti daripada si peminta sedekah. Cuba anda tanya yang meminta sedekah tu, berapa ramai yang mengucapkan selamat pagi padanya sewaktu dia sedang menjalankan aktiviti beliau? ya.. aku sendiri pun ada meletakkan nilai bagi setiap orang di sekeliling.

Apa yang kita fikir jika melihat individu yang:
  1. Berbaju kemas kemeja hitam
  2. Menggunakan kasut mahal
  3. Bertali leher dan pin
  4. Menggunakan cermin mata gelap
  5. Rambut kemas dan rapi
  6. Jam tangan mahal
  7. Kasut berkilat
Tentu kita fikirkan dia adalah...em.. 
  1. Orang kaya?
  2. Bos? Tokey?
  3. ada bawa pedang.. Ketua Samseng!!
  4. Bermisai kemas.. Ketua kepada ketua samseng!!
  5. Berperut boroi.. bermisai..bertatoo.. OWH!! Ketua segala ketua samseng!!!
Hahaha!!BANYAK LA TANGGAPAN kita terhadap insan yang di sekitar kita. YA, kita sedar dan tahu mengenai perkara ini. Manusia ni bijak, jadi kita boleh memanipulasi penampilan kita untuk mengubah pandangan insan lain terhadap kita. ya!! Adakah anda nak dinilai dengan seadanya? sudah semestinya. 

Aku sendiri menjadi kepada mangsa manipulasi putar belit penampilan ini. Pada suatu hari saya ke sekolah di sebuah bandar kecil untuk berurusan dengan orang penting di sana. Sedang aku berjalan di kawasan sekolah tersebut aku terlihat:
  1. Seorang pekerja
  2. 55 tahun kot
  3. Memotong bunga
  4. Berseluar sukan
  5. Berbaju T-Shirt cap sekolah berkenaan
  6. Berselipar jepun
Lalu aku bertanya kepadanya dimana lokasi pejabat guru besar. Lalu pekerja berkenaan menerangkan lokasi pejabat guru besar tersebut. Belum sempat aku berterima kasih kepadanya, perkerjaan berkenaan mengingatkan aku bahawa guru besar belum ada, tunggu dulu di prjabat am katanya. Aku pun berlalu dengan muka gembira.

Setelah 5 minit menunggu di pejabat am, aku melihat pekerja tadi masuk ke dalam pejabat guru besar dan berkata " Guru besar dah ada.. silakan masuk." Aku terdiam dan masuk.. kenapa aku terdiam? ini adalah sebabnya:

  1. Aku ingat dia tadi tukang kebun
  2. Aku tak ucap salam pun padanya sebelum bertanya tadi
  3. Aku tak jabat tangannya tadi
  4. Aku..aku rasa bersalah..
Pengajarannya, kita jangan terlalu menilai orang dari segi penampilan! Tidak semua orang yang berpenampilan VIP itu sempuran dari segalanya... dan tidak semua mereka yang selekeh tu tak berilmu.. Kini kita sering ditanya, "You punya sijil sampai mana nak buat ulasan itu ulasan sini!?" sijil juga menjadi satu nilai kepada kita. Ingat, tidak semuanya bergantung kepada sijil dan penampilan. Tokey di belakang rumah saya pun x ada sijil pun boleh jadi kaya... apa yang kita lupa di sini? Kebijakan dalam meneruskan kehidupan akan membantu kita mengecapi kesenangan. Nanti kita borak lagi la... Hehehe..

~TQ(^^)~

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...