AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

(^.^) Dalam Kereta Bersama Kamera!

Dalam perjalanan menjelajah dunia Miri di Sarawak. Aku terus driving sambil menjual mata ke pinggiran jalan. Lalu ketemukan awan dan lagit membiri di sini! Indah kan? saya ambil gambar tersebut la. Banyak gambar yang saya ambil.. Hehehe..ada yang best saya sharekan di sini la. Memandu sambil mengambil gambar? macam mana tu? Hahahah! Bahaya juga kan? Tapi x apa la.. saya sempat stop di tengah benua ni tadi.. Syukur la x kena Horn dari belakang. HORN??!! Itu tanduk namanya kan? HAhaha! Macam mana aganka jika kena HORN dari belakan eh?~~

HAhaha! bukan macam tu la.. Ni dah over la kalau kena horn a.k.a Tandukan! Kalau kreta horn kita dari belakang guna bunyi jer dah cukup.. Kecuali la kreta tu memang ada HORN!! ada tanduk!

Ini dah keluar topik la..tapi memang kebenaran la..nak ambil gambar dari kreta kena ada skill.. skill untuk stop tanpa kena horn dengan kreta lain. Kalau x stop.. nanti ditangkap JPJ. Maklum la.. Memandau secara berbahaya adalah satu kesalahan tau!! Memandu sambil telefon..Ambil gambar..main MSG..sambil tepuk tangan..sambil check FB bolah dikatakan bahaya la. Kecuali memandu sambil bernafas dan membuka mata x kikira salah.. kalau memandu sambil kentut? ALAMAK!! Sangat bahaya tu! Kot2 pengsan la pulak driver terus membahayakan penumpang yang lain.. Ok.. jom tengok gambar di MIRI dari kaca Tingkap kereta aku.
 Ini lah keadaan di Miri. masih ada banyak poko2..
Aduh.. banyak juga kreta time ni kan? Jumaat 4.03.2012... Sebab stop ni..jarak kenderaan jauh!jaga keselamatan semasa mengambil gambar.
 Tempat remaja muda mudi tua dan bayi lepak.. Area Parkson a.k.a Bintang Mega Mall
 wahh.. ada tanglung masih tergantung!!rasa macam masuk China town la!
 Weii... aku memang stop la.. Look!!lampu merah..
Huh.. What a day! Nice..nice day.. Selamat sampai di IPGKS ~TQ (^,^)~

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...