AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

(^w^) Hari Ibu Bagiku bukan satu konspirasi

Salam sejahtera kepada semua, kali ini Aku malas nak kongsikan pendapat peribadi mengenai sambutan hari ibu. Hari ibu merupakan hari untuk kita merayakan serta menghargai insan yang banyak berkorban bagi kita. Ibu adalah insan yang aku sayangi selepas Tuhan Maha Pencipta. Jadi agak terkilan apabila aku ada terdengar ada pihak yang merasakan dirinya sangat pandai dan bersenjatakan fakta mneyatakan bahawa menyambut hari ibu adalah amalan yang x baik... berkaitan dengan kepercayaan itu ini.. menyambut hari dewi ibu.. dan macam2 lah! Seolah2 hari ibu yang kita sambut ni seperti satu konspirasi dunia luar. Supaya kita mengamalkan sambutan hari ibu ini untuk satu amalan yang memiliki maksud tersiratnya. Mungkin benar.. mungin juga tidak tepat tanggapan dan fahaman mereka yang mengatakan hari ibu satu amalan yang tidak baik gara2 tarikh dan ungkapan hari ibu berdasarkan tarikh dan fakta dunia luar. Apa-apapun, setiap insan ada hak untuk menyuarakan pendapat masing, kita sebagai pendengar bertindak bijak. Ambil yang baik..yang kurang sesuai tu kita tapis dan proses supaya menjadi sesuai agar tidak bertentangan dengan budaya kita. (^^) Setuju? Jangan sengaja mencari publisiti murahan dengan menimbulkan spekulasi yang tidak matang. Alright!! saya x nak ulas pasal hal ni, suka hati masing lah untuk anggap hari ibu ini hari apa, sebab ruangan ini adalah sebagai pendapat aku jerr..hehehe.. Lawak ke der~ wakakaka!



BAGI AKU.. Tiap-tiap hari adalah hari ibu. Aku tak perlukan tarikh yang tetap untuk menyambut hari ibu. jadi x usah menudah aku ni mengamalkan amalan itu ini atau terpengaruh dengan amalan barat yang menyambut hari itu ini.. ok? bak kata orang tua, buang yang keruh ambil yang jernih... tapis2 lah budaya yang kita amalkan dan contohi dari luar sana. Ada yang baik tu kita amalkan, agar kita terus maju dan tidak seperti katak di bawah streka (tempurung).

Nanti jangan pula kata aku ni tali barut pengaruh luar.. Tidak sama sekali. Aku adalah rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian masyarakat yang majmuk.. bukan keharmonian masyarakat yang ekstrimis dan fanatik. Relax... Chill out, mesej yang saya nak sampaikan pada hari ini adalah.. sayangi Ibu anda.. x usahlah menunggu hari ibu sahaja untuk mengucapkah sepatah dua kata cinta pada ibumu.. tiap2 hari adalah hari ibu.. ucaplah bila2 anda ada kesempatan.. kerana Ibumu 24 jam memikirkanmu yang di dalam perantauan dan mendoaakan kejayaanmu.. Bagi yang tiada lagi ibu.. doakan akan ketenangan rohnya.. hargai insan yang masih mendampingimu.. ayahmu.. adik beradik.. saudara mara.. rakanmu.. gurumu.

Dengan ini aku kongsikan beberapa keping gambar semasa bersama rakan menyambut hari Ibu tadi. Segar gambar ni!! Masih panas.. Hehehe.. I love u mumy~ (>o<)



Selamat menikmati hujung minggu! Love u all!! Terima kasih kerana membaca blog aku yang Malas!!! ~TQ(^^)~

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...