AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

(+,+) Hari ini fikiranku kaku (Suara Aku sebagai Student IPGKS Miri)

Aku malas.. Malas dan malas sangat ni!! Tapi x pe, selepas menerima commnet daripada seorang rakan Blogger yang memang ku respek walaupun dah bergelar Mummy namun tetap tajam dan celik mindanya untuk mencoret dan menurunkan karya katanya dalam Blognya. Siapakah dia? Rasanya jika u all taip "Lekat Lekit Gurl" dalam google tu.. banyak gambar2 dari blog beliau akan keluar. Saya suka blog beliau, seperti kronologi kehidupan beliau. Maca drama pun ada.. ada maklumat..ada babak share2 idea beliau dan ulas mengulas pun ada. Better u all "cik kedau (Check it out)". Thanks Lekat Lekit Gurls. Hahaha! diam2 gue tag ur web here. 

Ini blog beliau paling latest. Nice kan? Simple dan banyak cerita! 

Ini header beliau dulu. Agaknya blogger tegar nih!! WARNING2!! hahaha!


OK!! kembali kepada topik!! Hari ini fikiranku kaku! maklumlah musim ujian dah dekat ni, jika gagal tidak memang besar la peluang untuk tersingkir. Dah la musim ujian ni kebetulan bersamaan dengan musim hujan di bandar raya Miri!! Kalau study memang penuh syahdu la.. Tulisan dalam buku jadi sajak pulak..tiba2 muncul pula istana dan pari2.. alamak!! dah tertidur ke?!! Hahahha! Sedar tak sedar dah 4 tahun aku di dunia Miri. Banyak pengalaman yang baru ku peroleh. Asalnya aku dari dunia Avatar.. tak la.. dari Sarikei.. cuma 500km lebih jer dari Miri. Ujian dah hampir ni, perjalanan dan lebih separuh, tinggal setahun lebih lagi sebelum memegang segulung ijazah. I must do the best!! Hari ni kami menyusun kelas. Tengoklah perangai kami di sini.

Gambar di bawah diambil pagi tadi. Kebetulan Jallilah di belakang!!x sedar juga kan? Ada hikmah rasanya..kami adalah rakan yang sama Interview dulu.. Memang takdir menemukan kami di sini, rencana Tuhan mengatasi segalanya. Syukur kami masih best friend dengan yang lain pun sama.. we ok :) walaupun dah makin kenal perangai masing2. Namun kita menerima seadanya dan mensyukuri apa yang ada selagi nyawa masih dikandung badan.



Melihat wajah rakan2 sekelas, fikiran aku yang risau akan ujian menjadi kaku lagi! Mengenangkan wajah2 ini yang telah menemani aku di dunia Miri selama 4 tahun. Banyak perubahan? x semua la.. Hehehe... dulu terasa seolah2 sangat lama untuk menghabiskan 4 tahun di sini. Sekarang aku merasakan seolah2 baru semalam je kami baru bersama. Hmmm.. Fesyen bersilih ganti, Perangai dah berubah, Hobi bertukar ganti, Dari friendster kepada facebook.. Tagged? HAhahhaa.. Sekarang aku minat menulis BLOG... banyak lah cerita selama 4 tahun ni.

Ni gambar pada tahun ke 2 kalau x silap la..di miri... Hehehe..

Ini pula gambar awal tahun ini. Hehehe.. ada yang berubah?


4 tahun.. jangan sia-siakan ujian kali ini! hanya tinggal 4 ujian lagi! Ujian kali ini dan 3 semester lagi sedang menunggu. Gagal hanya dapat mengulang sekali, kemudian tersingkir selama-lamanya... Sia-sialah masa yang telah diluangkan di sini. $$$$ juga usah disebut.. dah berpuluh RIBAN (Ribu) telah dibelanjakan untuk menampung kehidupan di sini. 

Ni semasa lawatan ilmiah Seni Visual ke Gua Niah. Pada tahun 2008

DI bawah adlah gambar ramah tamah Hari Raya pada tahun 2008 juga.


Pertamanya aku menyangkan aku akan menyambung pelajaran ke mana2 institusi pendidikan Awam di Semenanjung Malaysia. Dulu aku target UPSI. Tapi takdir membawaku ke sini, kursus mengajar budak2. Hehehe.. Boring lah kalau kat Sarawak je.. Tapi tanggapanku silap, banyak lagi tempat menarik yang masih aku teroka di sini rupanya. Kisah2 di dinia Miri. Tapi x apa, aku akan masih ada peluang untuk menghayati panorama di sini selagi aku masih mampu meluluskan diri dalam perperiksaan yang akan datang! seboleh-bolehnya lulus dengan cermelang! jangan alang2!! hehehe.. ~Thanks (^^)~

2 Comment:

Ahmad Fahmi said...

bro, bro, bro. best of luck exam! mana taw 4 rata, dapat bonus, boleh ajar ku bina badn sikit. ;P

AkuMalas said...

HAhahaha!! Shhh... Pasal Jaga badan tu ok.. Bina sangat aku x tahu sangat,im more ti fitness.. Exam tu nice!! U too gang!hehehe..

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...