AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

(~,~) Manusia ancaman utama Jerung dan alam hijau.


Salam sejahtera, aku kali ini nak berkongsi dengan anda semua mengenai fakta yang lama dah kita kononya tahu. Maklumlah aku ni dah boring layan isu politik dan artis tempatan, lebih baik layan isu yang lebih penting berkaitan dunia yang Tuhan amanahkan kepada aku dan insan lain yang ambik berat macam aku. HAhaha.. jom layan emosi ikan jerung pula.

Jerung adalah haiwan yang hebat. Bukan kerana ia Berjaya hidup dan terselamat dari 5 malapetaka alam sejak zaman lampau. Tetapi kerana Jerung adalah pembentuk dunia lautan dan kemampanan ekosistem. Jerung merupakan pemangsa dan raja di laut. Ramai yang tidak mengetahui sifat semula jadi nya. Jerung adalah haiwan pemalu. Ia memiliki deria untuk mengesan denyutan nadi dan impuls elektrik daripada organism di sekitarnya. Jika denyutan nadi cepat, maka ia akan dikira sebagai pemangsa dan berbahaya ataupun makanan.


Manusia bukan pilihan utama jerung dalam menu makanan hariannya.. Jika benar kita adalah menu dan makanan utamanya, tentu sehingga hari ini kita akan kerap mendengar serangan ikan jerung dan ikan jerung akan berevolusi untuk bernafas dan berjalan ke darat untuk mencari manusia. Lihat gambar di bawah, jerung membiarkan perenang berkenaan cedera lalu mati kehabisan darah dan tidak memakannya selepas mengetahui perenang tersebt bukan makanan kegemarannya atau singa laut (jerung suka singa laut, potatao chips dan ayanm goreng bukan la)




Jerung mengawal ikan di dalam lautan, Ikan di dalam lautan memakan plankton, Plankton menukarkan 80% daripada karbon dioksida kepada oksiden. Jangan anda hanya menyangka fotosintesis di daratan sahaja merupakan proses menukarkan karbon dioksida kepada oksigen. Lautan merupakan permukaan terbesar di dunia. 2/3 merupakan lautan hanya 1/3 adalah daratan.


Apa yang anda jangka daripada lautan? Dunia yang misteri… Ya Jerung kini diancam kepupusan, Tiadanya jerung maka jumlah pemangsa kepada plankton akan meningkat. Plankton berkurang ikan2 merana. Kepupusan berada di sekitar kita.. Oksigen dan suhu dunia? Kesan rumah hijau berikutan karbon dioksida semakin banyak? Fikir-fikirkanlah.. 15000 Jerung dibuhun setiap hari hanya untuk siripnya. Makanan yang kononya memiliki khasiat tetapi ia hanyalah symbol kemewahan sahaja jika mampu menjamunya. Ia juga merupakan makanan tradisi bagi beberapa buah Negara. Di barat semangkuk sup sirip bernilai $200.


Ekonomi sirip ikan yu merupakan ekonomi kedua tertinggi selepas ekonomi haram dadah memandangkan pulangan kedua-dua ekonomi tersebut sangat besar dan mudah.




Haruskah kita menggalakkan tradisi ini? Sekiranya tradisi ini mambawa keburukan? Atau kita harus memperjuangkan budaya dan tradisi ini disebabkan nilai jati diri dan busaya itu lebih penting. Jika orang Iban memikirkan perkara yang sama, Kami akan meneruskan tradisi memburu kepala manusia sehingga ke hari ini. Namun orang Iban kini tahu, dan hanya mengamalkan tradisi yang baik sahaja. Jerung? Adakah kita masih sanggup melihat spisis ini diancam kepupusan?

Macam mana agaknya gaya sup yang diagung-agungkan itu? Aku sahrekan gambar itu di sini la.. biar u all kempunan dan rasa nak makan dan membantu industri penghapusan spises jerung ini. Hehehe.. 



Nak rasa boleh la, aku x marah tu duit u all. Cuma setiap kali kita menelan sup ini kena la kita ingat akan budaya dan tradisi ini, haruslah dikawal dan diperturunkan kepada anak cucu.. Jangal la sampai kita lupa biakkan semula jerung itu. Nanti bukan tradisi sahaja kita berikan kepada cucu2 kita, kita akn berikan mereka dunia yang menuju ambang kemusnahan tanpa ekosistem yang selamat untuk didiami. Please save our shark... Dont just think about saving Panda and Tiger...

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat aku, sebab mereka akan kata pemburuan jerung adalah mata pencarian keluarga. Ya, memang... tapi mata pencarian tersebut mendatangkan kemarahan dan kemusnahan kepada alam... adakah ia berbaloi untuk kita hadapai zaman kemusnahan nanti? Terdapat beberapa buah negara yang sudah mengharamkan aktiviti ini... Negara Malaysia tidak mengharamkan memandangkan kita tak ada ikan ini... tapi kita sebagai pengguna merupakan penggalak kepada pertumbuhan ekonomi pencelaka alam ini..



Saat kita terjaga nanti adalah saat kita terhantuk dan mendapati kita berselimutkan wang hasil daripada peragutan dari alam semula jadi. Namun kita telah mengadaikan keindahan alam ini untuk nafsu sementara kita.. Aku? Aku pernah makan sup Ikan Yu.. benar.. namun tidak terlambat untuk aku menyebelahi pihak yang betul.. selagi ada masa. Save our Shark For our next generation.. If u Kill and breed at the same time... its still ok... but if u kill 15000 in a day then let it be like that... that a horror sense in earth.

~Fikir2 kan lah (^^) TQ~

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...