AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan aya yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

(>.^) Membuat Topeng Ala IRON MAN dari sampah

Salam sejahtera kepada semua yang membaca post kali ini, aku kali ni nak kongsikan bagaimana nak menghasilkan topeng ala2 Ironman. Bagi yang kempunan yang nak memiliki helmet Iron Man tu Boleh la tengok bagaimana cara aku buat menggunakan bahan2 terpakai. Mengapa saya buat ini? saya buat sebab saya nak lah... tak sangka juga botol yang tak digunakan lagi dapat menghasilkan topeng yang best sebegini rupa!

Bahan-bahan yang saya perlukan adalah seperti di dalam gambar. Bergantung la jika u all nak guna botol kaca dan besi, tapi cara memotongnya dan mencantumkannya agak berbeza la.. di sini aku gunakan botol / tong plastik sebab ringan dan mudah dibentuk. Jadi, sebagai manusia yang baik.. aku cadangkan u all guna plastik la buat ni. Kalau u all berani buat menggunakan bahan terpakai yang lain, silakan.. sebab sampah ni jer yang aku jumpa belakang rumah hari tu, ini la bahan yang menjadi rezeki karya kali ini.


Berikut merupakan proses yang aku lalui untuk menghasilkan topeng yang saya rasa best ni. Hehehe.. OK, kita mulakan dengan gambar hitam putih. Pertama kita buka dulu plastik yang menghiasi botol itu. Check juga benda dalam botol tu dulu.. pastikan tiada apa2 terutamanya jin.. jika ada jin.. u minta la jadi kaya.. beli terus pakaian Iron Man.. Kenapa x minta terus set lengkap baju Iron Man? ok next step...

Gunakan pen marker untuk menanda bahagian yang hendak dipotong. Anda jangan tanya saya pen marker jenis apa. Fikir..Fikir.. apa yang sesuai.. Saya cadangkan gunakan marker yang tidak mudah tanggal warnanya.
Dengan bangganya saya gunakan pisau yang mampu membunuh seekor ayam, gunakan pisau pemotong untuk memotong botol itu. Jangan pula guna pisau pemotong daging! melampau la tu.. terlampau besar.

Ok, gambar hitam putih tadi menandakan peringkat pertama telah selesai. Maka dengan ini saya nyatakan saya hanya memrlukan masa kurang dari 1 tahun untuk menanda dan memotong topeng tu tadi. 

Sekarang kita pergi ke LEVEL2!! Kita cantumkan dan bentuk!! Ok, Gambar di bawah adalah gambar saya mencantumkan sisa yang dipotong kemas tadi dengan badan utama.. EH? bahagian yang dipotong tu digguna semula?!! ya!! kan saya kata.. kita boleh menfaatkan semua barangan yang terpakai secara OPTIMA atau OPTIMUS PRIME!
Ok, saya menyemak keadaan dan topeng itu.. nampaknya saya boleh menambah sedikit benda kat bahagian tepi yang kosong tu..
Hehehe.. lampu yang berharga Rm1.00. Hehehe..CHeat sikit! ni je bukan bahan terpakai! ini baru lahh..hohoho!! tak ada lampu pun cantik..tapi saya sengaja tambah! nanti tambah skirt dan spoiler la!!wakakaka!!
Ok, ni keadaan topeng yang dah dicantum dan ditambah hiasan sikit2. Hehehe.. macam warna besi kan? boleh tahan juga sampah tadi! Ok, Tentu ramai yang tertanya2 bagaimana aku menghasilkan garisan di tengah tu dan lekuk2 di tepi tu. Aku gunakan mancis dan panaskan plastik tu.. Kemudian aku bentuk guna jari.. Jangan la panaskan topeng tu sampai terbakar..

Ini proses yang aku paling suka!! SPRAYYY!!! aku suka main spray!! x la sampai ketagih menghidu bau spray.. Ok, pertama kita gosok topeng itu sebelum disembur menggunakan..apa? gunakan spray la.. tak kan main sembur2 macam Triple H.
Ok, kita jemur dan kemudian kita kemaskan bahagian yang nak ditambah warna sebelum menyembur topeng menggunakan lapisan pelindung terakhir.
Ni keadaan topeng yang dah siap. So nak guna macam mana? masukkan ke dalam kepala..kemudian pakai la.. tak kan nak pakai dekat kaki. Jina inginkan keselesaan, anda boleh letakkan span di dalam tu. Amaran la buat gang2 moto.. ni bukan helmet.. tak sesuai diggunakan untuk memmandu.

Sekian sahaja dari Aku, ni la topeng yang aku buat di IPGKS Miri menggunakan tong atau botol besar yang terbuang, belajar recycle la. Karya ini adalah untuk bidang Pendidikan Seni Visual. Membentuk dan membuat binaan. ~TQ(^^)~

2 comments:

Ym.Bundle said...

aku tau tu botol susu protien..

AkuMalas said...

@Ym.Bundletepat sekali!! (^_^)

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

List Celoteh Aku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...