AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

(^,^) Mosjaya Bukannya Cyberjaya

Hello semua, hari ni aku terasa malas nak berkurung dalam bilik. Ye la.. asyik duduk jer dalam bilik lapar pulak perut, nak makan?!! ini yang aku malas ni.. Nak cari mana makanan tu? tak kan datang bergolek jer? Boring juga call Pizza Delivery ke bilik, nanti muka maca Pizza pula!! Aduh, mahu tak mahu kena keluar dari bilik la dengan kengkawan makan di Mosjaya (Sebutan saya la Mos'Ja'Ya ada yang sebut Mors'Ja'Ya tapi setakat ni tak ada yang sebut Most'Ja'Hanam HAhahahha) Lokasi ni x jauh dari Kampus IPGKS Miri. So, untuk orang yang malas2 macam aku ni, x perlu la susah2 pakai monorail dan jet pejuang terbang jauh2 gara2 nak makan. Guna kreta je dah cukup. Macam hari tu, saya naik kreta ronda2 bandar raya Miri.



Hari ini aku makan Mee Kolok campur daging dan Ayang panggang. Makanan biasa ni, boleh didapati di sekitar kawasan makan2 Mosjaya. Lepas makan saya memerhatikan suasana dunia Miri yang kelam. Agak2 nya nak hujan kot hari ini. Best untuk tidur ni, sebelumpergi ke GYM petang nanti! Yeah.. Saya nak beli buah la.. sebagai bekalan 3 hari ini. Malas nak keluar selalu. Lagipun malas nak beli minyak RON 95.. kenapa x beli RON 97? sebab aku x suka number "7" tu.. Hahaha.. X bermakna aku sokong RON 95 gara2 warna kuning nya itu! damn.. jangan politikkan blog gue ok.. Apa banyak tanya.. Saya akan kongsikan keindahan dunia di Mosjaya.. di dalam Miri Sarawak.

Aku berjalan slumbernya menggunakan baju Pink. Sebab pakai baju pink? suke2 je~ apa salah ke? tak kan warna baju aku pulak nak dipolitikkan dan disimbolkan! Aku pakai ni x bawa makna apa2 mak aku yang beli so aku pakai.... what?!! ye la, mak aku yang beli... salah ke?

Ni promote buah kegemaran ku dan juga buah kebangaan rakyat Sarikei Sarawak! Memehh arr.. aku orang Sarikei bha.. Tapi sekarang sedang menjadi Ejen perisik di Miri..
Ni merupakan bangunan2 di sekitar kawasan Mosjaya. Banyak juga kreta time ni huh? tu ada lihat Merdeka Mall? Tempat orang2 yang dah merdeka dari tugasan la tu. Time enjoy tengok wayang, main memanah, shopping, dan banyak lagi.
Ni area belakang IPGKS Miri..



Hehehe.. Inilah duniaku, kalau malas pergi ke bandar just lepak belakang2 ni jer pun ok. Lagipun aku bukannya kaki lepak. Keluar pun malas, cuma time2 perlu dan emergency jer aku akan keluar. ~TQ(^^)~

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...