AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

(~o~) Penyakit mereput!! U all tahu ke penyakit Zombie?!!

Salam sejahtera kepada semua, banyak isu yang hangat kini isu comot la.. bersih la..kotor la..putih.. Hijau.. kuning telur dan macam2..Aku ni malas sangat berpanas dan buat hal2 yang tidak mendatangkan kepentingan kepada aku. Well, Blogging? Kepentingannya? Aku release tension sini.. It's my hobby ok. So, ia memang ada kepentingan sebab ia membuatkan aku happy (^^)

Apa benda yang aku nak share kali ini? Ini mengenai sejenis penyakit yang disebabkan beberapa jenis bakteria. Berdasarkan pembacaan aku (aku minat benda2 biologi, maklumlah..student nerd sains dulu.. damm..hahaha!) Yang pasti saat kita sakit, wang tidak lagi bermakna.. kita sanggup merayu untuk mendapatkan rawatan.. kita sanggup mengeluarkan semua wang demi nyawa.. tapi, x semua yang mampu mendapatkan rawatan. Ajal sahaja yang menjadi pintu kelegaan dari sengsara.



Apakah penyakit Zombie ini?

Penyakit ini dikenali sebagai necrotizing fasciitis.Ia merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria tertentu. Bakteria ini memakan isi dan kulit dengan rakus dalam masa yang singkat. Tubuh badan mangsa akan kelihatan mereput. " People who have this disease often lose the skin underneath very rapidly, so they also call it the "flesh-eating" bacteria"  I tulah yang biasa disebut oleh mangsa penyakit ini bila ditanya mengenai penyakit ini. Penyakit ini x membunuh pesakit dengan segera... Macam zombie la YOU!!

Bagaimana ia boleh terjadi?

Ia disebabkan oleh bakteria yang menghasilkan toksin. Toksin yang berbahaya akan merosakkan tisu badan dan bakteria tersebut mencerna tisu tersebut. Bakteria tersebut akan membiak dengan pantas dan sukar dikawal. Ia akan memusnahkan kulit dan tisu di sekitar kawasan yang dijangkiti.

Dari mana ia datang?

Kulit atau bahagian badan yang luka merupakan sasaran utama bakteria yang menyebabkan penyakit ini. Biasanya ia lebih senang berlaku kepada individu yang memiliki luka, dan luka itu terdedah kepada air laut, terkena tiram atau ikan air masin. Sebab bakteria ini banyak di kawasan berkenaan. (bakteria sukan benda masin, mandi2 la selalu, lepas berpeluh mandilah guna dettol dan kalau luka tu.. jaga baik2)

Bakteria apa?

Streptococcal bacterium / Vibrio vulnificu / Clostridium perfringens / Bacteroides fragilis 

Macam mana nak ubati ini?

Setakat ni tak ada rawatan khusus terhadap penyakit ini melainkan memberi pesakit ubat antibiotik dan pembedahan tisu. OMG!!! Cuma nasihat doktor2 yang pakar dan melalui pembacaan jurnal perubatan yang telah saya buat.. Mereka hanya sebut "Jika terdapat simptom bengkak, luka basah dan merebak mendadak, rasa sakit yang sangat, sakit pada bahagian yang luka, luka yang basah di sekitar itu, lebam tanpa sebab... cepat2 jumpa kami (Doktor) supaya bahagian badan anda itu dapat dirawat segera bagi mengelakkan dipotong dan mengelakkan bakteria itu menyerang sistem saraf dan sistem lain (tak termasuk sistem pesanan ringkas SMS) yang mampu membawa maut." dot..dot..dot..

Ok, jom kita saksikan beberapa gambar yang berkaitan dengan penyakit ini. Saya dapat gambar ni dari buku dan web. Chill out.. (^w^)

Aduh... macam melecur...


Ni kena bedah ni..

Jangkitan sehingga terkena organ tertentu..

Ingatkan lebab2 je.. tapi.. alamak..

Ni dah sampai ke dalam perut dan mangsa terpaksa menggunakan alat sokongan hidup..

Ni kesan jangkitan di muka.. Otot muka musnah..parut ditinggalkan..

Ini aku dapat dari sumber yang menyebut bagaimana doktor memulihkan bahagian badan yang terkena jangkitan. Selepas diberi rawatan dan pembedahan tisu.






Sememangnya banyak jenis penyakit yang menggerunkan di dunia ini. Penyakit yang sukar diubati dan penyakit yang masih tidak memiliki penawar yang khusus. Ingat lagi tak kenangan penyakit Hini @ HiHiii (H1N1) yang menyebabkan panik di seluruh dunia? Penerbangan tergendala, Hospital menjadi kawasan yang huru hara. Sememangnya bakteria @ virus yang menyebabkan penyakit ini sentiasa berevolusi menjadi lebih lali atau Immune kepada rawatan dan dadah / ubatan pada masa kini. Adakah kita bersedia jika penyakit baru yang lebih cepat dan rakus muncul? Cegah sebelum terkena.~TQ(^^)~

Sumber:


Extra:

Kenangan aku dulu time di quarantine di dalam IPGKS Miri. Sebab ada student disuspek menjadi pembawa dan telah dijangkiti virus ini. Sukar keluar masuk, setiap hari doktor masuk memeriksa kami, Kami diberikan vitamin c dan diminta minum air banyak2.. Kuliah x ada, makan pun orang hantar ke dalam..memang banyak yang x cukup.. kami terputus dari dunia luar. 


2 Comment:

LiN IBRAHIM said...

Damn!! Gelik aaaaa. Dah la kenyang maut pas stimbot kat D11. Rasa nak mutah jak nangga n baca semua tok. Whuarrrrr ;,( huhu. Nyway, I'M THE 1ST 1 mengomen hahaha. Bagus nang bagus entri tok, p ylh perut kenyang nyuroh mual jak. Rasa nak nulak kelua jak ngeeee

AkuMalas said...

HwahahhaA!! Lin THE foto2 gurl, Thanks 4 da Comment! sekadar nak sharring beb.. Maklumlah kat kampung kamek banyak nelayan..air masin ya.. polah luka jadi teruk kedak ya.. ada bakteria bah.. Ikan laut masin ngan tiram juak jadi pesalah sebab jadi penyebar bakteria tok.. Heheh..thanks 4 rply. :)

Mun mok muntah ya bagus la..diet..kelak makan gik!Hik!!hik!! ceridak juak gambar ya!hwahaha!!

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...