AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

(ToT) Hari guru dan gigitan pada pensel..



Pengalaman Chrisroyston Bakum (Aku MAlas) untuk u all time hari guru:


Aku dulu x menghargai erti hari guru.. Walaupun bapaku seorang guru namun setiap kali Bapaku pulang dari bilik guru, Tidak ada juga aku mengucapkan ucapan selamat hari guru padanya. Sebab bagiku hari guru adalah hari untuk guru dan seperti hari2 yang biasa2 sahaja.






Ditakdirkanlah Aku ditempatkan di sebuah sekolah (SK. Petai, Sarikei, Jln Skim B) pada tahun 2008 awal tahun. Pada waktu itu aku menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih. Kebetulan pada bulan itu juga sambutan hari guru ada di dalam kalendar sekolah berkenaan. Aku x terfikir nak terima hadiah daripada mana2 budak yang baru ku kenal selama 2 minggu di sekolah berkenaan.

Sekali ada seorang budak kecil menyorongkan aku satu sampul kecil...


sampul yang comot...



sampul yang dibuat dari cebisan buku latihan..



Masih terdapat kesan pemadam pada sampul..



Kotor.. Tak tahu menulis kot?...



Aku membuka sampul ini dan mendapati sebatang pensel Stabilo Luna yang terpakai dan memiliki kesan gigitan.. PAnjang pensel terpakai hanya tinggal 7cm sahaja lagi.. Untuk aku? Kemudian aku terkejut apabila melihat dari belakang sampul surat yang comot disebabkan kesan pemadam... "selamat hari guru cikgu crisroston, saya suka cikgu ajar Bm dan Seni. Pensel untuk cikgu"... 



Terharu melihat kesan comot yang banyak itu adalah kesan tulisan nama aku... budak itu cuba menulis nama cikgu yang asing baginya berkali2.. namun ditulis semula walaupun salah daripada Chrisroyston Bakum kepada Crisroston.. walaupun salah namaku dieja tapi sampul itu tetap aku kenang dan simpan sebagai tanda penghargaan paling ikhlas pernah aku terima sebagai guru sementara... daripada seorang murid yg tiada ibu bapa..



X kisah la pensel or apa yang dia bagi.. yang penting.. rasa dihargai itu memang ada.. walaupun 

berbakti hanya sementara.. then masuk IPGKS Miri. Nilai pensel itu berapa agaknya baginya? bagi kita 

mungkin murah..tapi bagi anak kecil itu.. mungkin x kan diberi oleh ibu bapa..kerana dia x ada ibu bapa.


Aku khaskan cover foto FB kali ini untuk sambutan Hari Guru. Love all of my teacher!! Love u all!! Selamat hari cikgu!

~TQ(=,=)~

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...