AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

(T,T) Aku mengidam, Mengandungkah aku?

Sedang2 duduk di kafeteria yang memiliki pelbagai aroma yang mengusik usus di pagi hari ini, aku terhidu sesuatu bau yang nostalgic!! Ia membuatkan perutku memberontak mulutku berbuih dipenuhi liur!! Ini adalah bau 1000 kenangan semasa masih sekolah rendah dulu! Maggie Mee!!! Kau membuatkan emosiku tidak tenteram!!

Dulu mee kari jer..sekarang mee Kari Letup!!!??? Hebat la tu!! memehh arrr..


Entah mengapa hari ini aku terhidu bau ini dari kafeteria, apakah ramuan dan bahan kimia dalam mee tersebut sehingga berjaya mencairkan kegagahanku?!! Tidak ku sangka aku mengidam sangat sangat ni. Sesungguhnya pencipta rasa dan rempah mee maggie sangat brilliant! x ada mee di pasaran yang menyamai perisa mee maggie ayam dan kari.



Ya, dulu hanya 2 perisa itu sahaja menjadi senjata utama syarikat berkenaan. Kini terdapat banyak saingan, maka Maggie telah menghasilkan ramuan rahsia yang melahirkan pelbagai jenis mee dari Gorangan kepada sup! Aku rasa sangat tidak bermaya setelah digoda bau mee ini, Maggie ayam.. kau sungguh enak.. jika dicampur sayur sup..sungguh dasyat penanganmu..dicampur lagi telur..aduh..terpancut air mataku kebahagiaan menikmatimu.. Wahhh.. Tapi, aku kena kuragkan makan mee segera la..nak jaga badan. HEhehe.. dah lama aku x sentuh mee segera sebab x sesuai dengan gaya hidupku. memang mengamuk rasa mulut ni nak makan mee Maggie!! aduuhhh..ya Tuhan..kuatkan imanku.

Penangan sebungkus mee Maggie membuatkan penangan seterusnya 2 bungkus!!



Sedapnya mee ini. dan mudah disediakan cuma 2 minit jerrr.. entah apa yang dapat berlaku dalam masa 2 minit tu.. adakah aku mampu menunggu mee itu masak? atau ratah mentah jerr. Kesegeraan dan keenakan digabungkan dalam satu paket bersesuaian dengan motto mereka..


Mari kita lihat antara jenis2 mee Maggie yang ada pada masa kini. Aduh.. makin memberontak rasanya perut aku ni.. Banyak Maggie di pasaran..banyak jenis..soalnya, di negara kita ada berapa jenis? Sebab ada gambar ni aku ambik dari web luar negara. Rupanya resepi Maggie dipengaruhi budaya negara yang menjualnya. Hehehe..





Kini dengan produk mee yang kurang lemak.. Selepas ni mee yang kurang bahan kimia yang memudaratkan la. Boleh? biasa la... dunia sekarang semuanya inginkan segera dan tahan lama. Kita x mampu mengelakkan diri dari terjebak dalam dunia bahan kimia ni. Kimia ada di mana2, daripada produk kecantikan sehingga kepada makanan. Yang pasti, semua syarika di luar sana akan melakukan penambah baikan dalam produk masing2 supaya selamat diggunakan sepanjang masa. Harapnya begitulah..



Apa2 pun.. jom hayati gambar di bawah.. Inilah Maggi Asam laksa yang dicampur tepung dan sos tiram sikit.. ada telur lagi tu... Mengidam!!mengidammmm!!!


Aku bukanlah pemuja Mee Segera.. Mahupun pemuja rahsia.. Namun aroma bahan kimia dalam resepi itu membuatkan hormon dalam kepala dan perutku bercelaru.. sungguh menggoda resepi ini, Produk yang murah dan dapat dibeli semua orang termasuk yang x kaya.. Kerana Maggie ini makanan semua manusia tanpa mengira usia dan darjat.. kerana kumurahannya juga banyak keluarga dan orang muskin tidak kebuluran.. Niat hati nak merasa kesedapan mee mahal akhirnya dipenuhi atas nama Maggie.. Thanks 4 the creator to this Mee a.k.a Noodles..Thanks 4 reading ~TQ(^^)~ 

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...