AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

(>w<) Ape Hal Blog Blog Nih?!!

Bolg... yeah, semua orang ada pendapat masing masing mengenai penulisan dan artikel di dalam internet. Malas nak cerita panjang2 dan complex2 aku nak kaitkan dengan dengan blogging. Minda dan BLOG. 

Setiap penulis Blog memiliki tujuannya untuk menulis Blog. Ada bertujuan untuk menjadi reporter tanpa sijil yang ada sijil pun ada... sijil tu biar lah berkenaan la. Aku menulis blog ni pun x der sijil Sarjana Blogging!ahahhaha.. yang pasti blogger yang membuat penulisan dalam blog adalah individu yang ingin berkongsikan Idea mereka melalui blog. Tidak semua Blog itu boleh dijadikan sumber rujukan dalam menghasilkan Satu tugasan atau kajian kes atau kerja kursus atau mana2 yang berkaitan dengan atau la... memandangkan tidak semua blog ditulis berdasarkan kajian fakta melainkan ia ditulis berdasarkan proses penyaluran maklumat dari blog lain ke blog lain atau dari mana-mana media disuarakan semula melalui blog. 

Sudah semestinya minda dan blogging merupakan perkara yang sangat berkait rapat. Dari minda si penulis makan terhasilah satu maklumat atau penulisan dalam blog. Pada masa kini terdapat banyak tujuan menulis blog. Ada yang bertujuan untuk syok2 sendiri, ada yang dijadikan jurnal, ada yang menjadi ejen2 politik dan tak kurang juga sebagai medium mempromosi produk itu ini. Bagi pembacanya pula, blog merupakan lubuk maklumat dan hiburan yang agak murah, dengan hanya berbekalkan laptop berdebu yang berharga sekitar Rm1500 dan perkhidmatan broadband atau wireless pada kadar termurah Rm40 pada masa kini, kita dapat menikmati limpahan maklumat selama 24 jam. Pada masa kini amatlah mudah bagi kita untuk memperoleh gosip2 dan tips2 melalui blog  dan ternyatalah Blog sesungguhnya ada kebaikan dan keburukannya.

Gambar di bawah merupakan gambar yang saya peroleh dari http://mufb.blogspot.com/2012/04/just-celebrate-birthday-320-not-bersih.html Ada berunsur isu terkini tapi gambarnya tetap bermakna, nice...

Di bawah merupakan contoh blog yang berbincang mengenai fesyen. Anda bolehlah klick pada pautan yang telah saya kongsikan di sini-> http://izandrew.blogspot.com/2011/06/bird-tattoo-designs.html

Blog juga menjadi sumber maklumat! seprti gambar di bawah yang saya peroleh dari satu blog yang namanya agak cun, bermawar-mawar lagi tu, Mungkin blog ini milik seorang cikgu agaknya kan? http://fromthepasttothefuture.blogspot.com/2012/03/kebaikan-makan-maggi-mee.html

Blog juga merupakan sumber humor dan sumber menenagkan keadaan, seperti gambar di bawah yang aku peroleh dari blog http://malaysiansatire.blogspot.com/2011/07/scoreboard-for-bersih-20.html Hehehe.. agen propaganda la blog kan? kiutnya pikachu!!



Saya nak share sesuatu yang memboringkan, ya.fakta yang memboringkan dari lubuk hatiku..Kebaikan dan keburukan blog dari kaca mata Aku yang malas ni. Kan aku dah kata, malas nak sibuk2 hal yang tidak menarik, tapi time ni tiap kali buka Google ada2 jer kisah menarik... check2 rupanya benda tu datangnya dari blog tempatan. Mengalahkan akhbar masa kini ulasannya, aku dah tahu mengenai isu2 itu, tapi seronok juga bila melihat gaya si penulis blog ni menyuarakan pendapat masing2 terhadap isu tertentu. Hehehe.. Ok, ini list kebaikan dan keburukan dari aku:

Kebaikan blog:
  1. Penyebaran maklumat segera
  2. Hiburan + maklumat murah
  3. Mengasah kemahiran membaca
  4. Tempat release tension
  5. Menimba pengalaman melalui penulisan orang lain
  6. Mendedahkan panorama dan kehidupan dunia lain
  7. Mudah dibuka tanpa mengalami masaalah di"block" disekat oleh bahagian penapisan maklumat.
  8. Tempat toturial yang sesuai
  9. Cari kawan dengan meninggalkan comment
  10. Copy ctrl+c dan Paste ctrl+v punya..
  11. Cari idea Gila2.
Keburukan blog:
  1. Maklumat berunsur emosi dimana-mana (banyak yang suka ni, jiwang2, marah2, hasut2.. tapi x boleh dijadikan sumber maklumat dan bahan rujukan kajian)
  2. Menjadi tapak berpolitik (Kesian blogger2 yang lain kena shoot sama pihak tertentu disebabkan tindakan blog yang sangat fanatik)
  3. Penyebaran maklumat yang mangaibkan (banyak yang suka.. Eh?? artis siapa tu yang pakai baju sedemikian rupa? hahahha!!)
  4. Blog adalah Mesen masa (EH??!! x terasa dah 10 jam aku dok depan lappy membaca blog ni)
  5. Menjahanamkan bahasa (Hahahha..well, menulis blog x perlukan PHD dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, so bahasanya memang santai kebanyakkannya..HEhehe)
  6. Ada lagi ke?!! senaraikan sendiri la..
Hehehe.. ini berdasarkan pendapat aku la. Nampaknya blog lebih banyak kebaikan la. Hehehe.. cuba lihat gambar di bawah:


Well, harga syarikat yang menjadi medium blog2 ni adalah Rm 916.80 Million!! dan ia merupakan laman yang ke-4 paling popular di negara kita.

Hehehe..apa lagi!!cabarlah diri anda dengan menaip sesuatu dalam Google Search dan anda akan menemukan terdapat sumber2 tersebut asalnya dari blog. Ternya Blog adalaha antara medium penyebaran maklumat yang terkenal.. jika terkenal..adakah ia berkesan?

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...