AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Cubaan untuk memahami kehidupan

Salam sejahtera kepada semua. Hari ini aku nek ceritakan apa yang anda biasa lakukan dan fikir jika hati anda telah dicuri oleh seseoranag yang istemewa. Kecurian ini bukanlah petunjuk yang tidak baik. Ia merupakan sesuatu yang normal dan anda tidak harus berasa bersalah.


X kurang jiga akan terus mendiamkan diri kan? Mengapa kita mendiamkan diri jika kita tahu tujuan hidup kita adalah ke situ?Mungkin adanya halangan yang menghadang perjalanan kita. Tapi hidup mesti diteruskan juga. Sebab setiap langkah yang kita ambil akan dikira juga di akhirnya.

Penantian, semua insan merasakan satu penantian ini seperti satu perjalanan yang jauh. Tapi bagaimana kita memanfaatkan masa2 yang ada sepanjang penantian itu adalah perkara yang penting. X semua mampu dan sanggup menanti sebab ada yang berpendapat penantian ini satu perjudian dengan masa dan usia. Ramai yang berpendapat bahawa penantian ini sesuatu yang menyiksakan... Namun bagi aku, selagi kita sentiasa berfikiran positif dan sentiasa mendekatkan diri kita dengan perkara yang kita sayang dalam pelbagai usaha yang kreatif, maka kita tidak akan bosan.

Bayangkan anda menerima sajak-sajak yang indah dari seseorang yang anda sayangi setiap pagi atau mms ucapan selamat pagi. Terasa kejauhan ini sangat mengasyikkan dan ada senyumannya juga. Ada kalanya kita belajar berdikari dan berfikir lebih matang dalam penantian ini. Sebab kita harus mahir mengawal diri dan menentukan perkara2 baik yang kita fikirkan supaya mentaliti kita sentiasa dalam keadaan teguh!


Aku biasanya berfikir dan terus berfikir agar tiada ruang untuk berlakunya kecuaian dalam usaha memahami erti kehidupan. Di sini, erti kehidupan adalah menjurus kepada nyawa. Seseorang yang bernyawa adalah seseorang yang memiliki perasaan. Bukan seperti komputer atau kereta... Manusia hidup bukan untuk dipandu dan diarah begitu sahaja, kita ada perasaan. Kita harus mahir mengerti perasaan-perasaan itu agar tidak mudah tersungkur dan tersilap langkah. Banyakkan berfikir, ya. Dengan ini, kita akan menjadi lebih bernyawa, kerana kita berfikir dan memiliki perasaan yang teguh serta stabil.

Sepanjang di IPGKS Miri ini, banyak yang telah aku pelajari, bukan sahaja ilmu formal tetapi yang bersifat peribadi pun ada, yang pasti aku telah mempelajari satu ayat dari seorang pensyarah Bahasa Melayu. Hargai apa yang ada di samping kita selagi ia masih mendampngi kita. Dan aku akan terus cuba mendalami makna ayat tersebut. ~TQ(^^)~

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...