AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

(^.^) Macam mana anda akan tahu anda hebat?



Salam sejahtera kepada anda semua AKU MALAS nak kongsikan sesuatu ni! Macam mana nak tahu jika anda merupakan antara yang terhebat di kalangan rakan2 atau orang sekeliling anda?Ok, AKU malas bagi 10 clue pro dan contra untuk u all:

CON
1. Apa2 yg anda lakukan akan segera dikritik.
2. Ada yg meluat kepada anda bila anda buat kerja baik.
3. Ada yg mengata di belakang anda.
4. Jika anda beli benda baru, ia akan jadi isu.
5. Semua benda anda beli dan buat akan disielidik.
6. Mreka akan menjauhi anda
7. Anda akan dipinggirkan sebab anda dapat berdiri sendiri.
8. Anda akan diperhatikan dari jauh dan akan dikritik asalkan salah.
9. Ada yang sentiasa mencari ruang untuk menjatuhkan anda.
10. Lawak anda akan dilayan oleh org tertentu. (biasanya kawan2 rapat la)

PRO
1. Anda jadi contoh bagi mreka.
2. Anda dikatakan pesaing yang hebat.
3. Sentiasa menjadi buah mulut komuniti.
4. Orang yang mencari anda bukan anda yang tackle or cari org.
5. Orang akan hormat dan jarang memperlekeh anda dgn lawak.
6. Kerja anda akan dikira lebih berkualiti.
7. Orang akan goyang kaki jika anda mengendalikan sesuatu kerja.
8. Anda akan ditiru.
9. Anda menjadi orang pertama untuk dirujuk bila ada masaalah.
10. Anda akan menerima hadiah misteri dari rakan2. Hehe.. sempena hari jadi or apa2.
11. Tempat kerja terasa sunyi tanpa anda dan rakan2 akan beritahu keadaan mereka tanpa anda.

Lepas ni aku akn post mengenai "strategi bagaimana nak jadi orang yang menyampah" hehehe, ini pendapat gua..hehe..jangan marah.. nanti cepat stress mati sakit jantung x dapat kawal emosi. Hehehe.. Selamat membaca kepada semua. Lop u all! ~TQ(^^)~


0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...