AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

(^,^) Maklumat untuk wanita mengenali lelaki. 20 ciri lelaki yg sangat cintakan anda.




Salam sejahtera semua!! Aku Malas nak berkongsi fikiran hari ini mengenai lelaki dengan anda semua. Kita tahu lelaki ni lain dari perempuan. Ada yang kata lelaki ni lebih selekeh dan IQ mreka kalah jika dibandaingakn dengan perempuan. Well, kita lupakan sekejap hal2 selekeh mengenai lelaki. Mari kita lihat pula benda berkaitan dengan perasaan mereka. Berdasarkan pembacaan dan pemerhartian aku so dengan ini “Aku Malas” Mempersembahkan..20 ciri-ciri atau clue bahawa lelaki itu sangat sayang kekasihnya, khas untuk bacaan perempuan / wanita! Selamat membaca!!


  1. Lelaki yang sayang anda akan berani menyuarakan perancangan masa hadapannya.
  2. Jika dia kedekut pun, pada sesuatu ketika dia akan sanggup membelanjakan wang untuk benda2 mahal hanya untuk anda!
  3. Dia tidak tahu memilih hadiah! Teruknya… tapi dia sanggup beli banyak barang untuk anda.
  4. Dia akan membantu anda mencuci pinggan selepas makan, bukannya terus tengok TV.
  5. Dia tidak akan memaksa anda untuk bermesra sebab dia tahu anda keletihan.
  6. Dia tidak kisah jika anda menggunakan laptopnya, sebab tiada apa2 yang disembunyikan.
  7. Dia akan benarkan anda bermain dengan teefon anda sebab tiada rahsia di antara anda.
  8. Dia akan cuba menceriakan hari2 anda walaupun dengan lawak bodohnya.
  9. Dia akan menemani anda dan cuba menjaga hati anda bila mood anda x baik.
  10. Dia sanggup dan x malu untuk membantu anda membeli tuala wanita. Hehehe..
  11. Dia akan melihat anda lawak dan comel bila anda buat lawak bodoh dan benda gila.
  12. Dia akan menonton NONA dengan anda sedangkan perlawanan Euro 2012 sedang berlangsung di siaran lain pada masa yg sama.
  13. Dia akan bertindak segera bila anda kata ada org menganggu anda. Kadang kala dia bertindak ganas. Lelaki oh lelaki..
  14. Dia akan selalu kata perkataan ini “Sayang” “Peluk” “Rindu” “Cinta”
  15. Dia akan sanggup lakukan 4 perkara di atas. (Jika dah kahwin)
  16. Dia x segan mencium anda bila2 masa (Jika dah kahwin)
  17. Dia akan selalu kata “saya cinta kamu” “I Love you” setiap hari.
  18. Dia Berasa bersalah jika melihat anda letih berkerja dan x sihat. Sebab dia x dapat mengantikan tempat anda pada masa itu di pejabat.
  19. Semua benda yang dia lakukan adalah untuk anda. Dia selalu memikirkan anda.
  20. Anda tidak akan berasa sangat sunyi bila bersendirian. Sebab anda tahu hati anda ada pada dia.
Lelaki kebanyakkannya slumber dan x tahu sangat nak menjaga hati wanita. Adakalanya mreka terlalu memberi lebih.. ada kalanya mreka macam x ambil peduli.. tapi itulah dia. Dia sedang menjadi lelaki.. dan wanita perlu tahu membentuk pasangan mreka agar mreka menjadi insan yg lebih baik dan mampu menjaga wanita.. bukan menganiaya or pukul dera wanita macam hamba. Terima kasih sebab membaca dan singgah sekejap di warung Aku Malas ini. Hehehe ~TQ(^^)~

6 Comment:

babycomel said...

sedang mencari-cari lelaki yg benar2 lelaki seperti yg dikatakan itu..

AkuMalas said...

Kisah di dunia merangkai kata dan bicara..pencarian lama sudah bermula sejak lahirnya benih kematangan dan rasa dicinta.. Cari la. Be ur self..maka ditemukan yang serasi yang menerima kita seadanya yang sayang yang semua yang yang yang ngam! hehehe! thanks 4 hanging by.

mizz lurve said...

ciri2 sedikit sbyk ada.. harapnya hbgan ini bkekalan...

AkuMalas said...

YA.. Yang penting kita mestilah memahami.. akan hubungan cinta bahawa kita x sempurna dan kerana adanya cinta kita saling memnuhi ruang yang ada. :) Good luck Mizz Lurve.

AkuMalas said...

@babycomel Semoga berjaya. :)

AkuMalas said...

@babycomel Semoga berjaya. :)

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...