AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

(^,^) Pengorbanan (Ditulis oleh Aku Malas)

Dia melihat ayahnya keluar dan masuk dari bilik itu. Kali terakhir dia secara senyap-senyap menjenguk ke dalam bilik itu adalam 6 bulan yang lalu. Kelihatan banyak barang-barang yang asing baginya di dalam bilik itu. Kenapa ayah selalu masuk ke dalam bilik itu? Mungkinkah bilik itu menyimpan 1000 kenangan ayahnya bersama ibuynya. Ibunya telah lama meninggal tumpas di tangan penyakit. Takdir... tiada siapa yang tahu.



Dia melihat ayahnya selalu sibuk dengan tugas-tugansnya. Dia kekadang cemburu dengan rakan-rakannya yang mendapat kasih sayang dari seorang ayah, apa lagi kasih sayang daripada seorang ibu. Hanya malam sahaja akan menemukan dirinya dengan ayahnya. Siang akan merampas ayahnya, kerja di kilang dan tanggung jawab lain.

Sejak sebulan yang lalu, dia kelihatan rungsing. Kerana ayahnya seriang keluar malam. Pada hujung minggu pula ayahnya sering keluar ke bandar. Dia berasa sangat kecewa, STPM tidak lama lagi. Dia perlukan kasih sayang dan perhatian dari seorang ayah. Semangat... untuk terus hidup dan berjuang... berjuang untuk apa?

Dirinya tidak tahan lagi. Lantas dia mengekori ayahnya pada malam khamis. Kelihatan ayahnya memasuki sebuah bangunan. Berhanpiran dengan pusat hiburan yang beroperasi sehingga 2 pagi. Dia sungguh kecewa dengan ayahnya. Apakah hati ayahnya kepada ibunya telah memesong? Bangunan itu... janggal baginya, sebab dia jarang keluar dari rumah.

Dia lekas pulang dan langsung menangis di dalam biliknya. Pengorbanan dirinya dipandang ringan oleh ayahnya.  Dia terus lena ditenggelami rasa kecewa. Pengorbanan untuk menjadi insan yang dirinduinya... Ibu pernah berkata, jadilah insan yang berjaya bermula dengan cita-cita. Ayah? memang mengecewakan...

Terjaga... dia terdengar suara ayahnya memanggil namanya. Kakinya dirantai rasa kecewa, terasa berat untuk melangkah. Suara ayahnya masih memanggil namanya. Kini telinganya disumbat rasa hampa. Suara ayahnya sungguh membelenggu jiwanya. Dia tidak menyangka ayahnyan seorang lelaki yang tidak setia dan berpendirian rapuh. Lelaki bertopeng...

Sunyi, tiada suara dari ayahnya. Dia merasakan hatinya meronta. Ingin sekali melihat apa yang diseru ayahnya. Kenapa memanggil namanya. Sunyi sungguh ruang bilik malam itu. Dengan kaki yang berbeban dia membuka langkah untuk mencari ayahnya. Siapa tak sayang ayah?  biarpun ayah itu seorang pembunuh...

Dimana ayah? Dia mencari ayahnya. Dapur.. ruang tamu.. bilik mandi.. tandas.. ayah tiada!! Jangan-jangan pergi ke bangunan gelap itu? dah 3 pagi ni. Dia merasakan ayahnya tidak mungkin akan ke sana... Jika memang pun ayah ke sana, mungkin ayahnya sememangnya sudah hilang akal fikiran. Dia terhenti, Bilik ITU...

Dengan tangkas dirinya meluncurkan hatinya untuk membawa jasadnya ke bilik itu. Bilik usang... Bilik penuh kenangan? Tangan kecilnya membuka tombol pintu itu. Pintu terbuka dengan perlahan. Ternyata lampu bilik tersebut masih memijari menerangi segenap ruang bilik itu. Kelihatan ayahnya tertidur bertemankan dengkuran... di atas meja... ayahnya mendakap meja yang dipenuhi kertas-kertas putih... Dia tersenyum. Ayah ada di situ..

Janggal, terasa sungguh kosong dirinya. Bilik yang dipenuhi baju lama dan gambar-gambar kini tiada. Barangan antik hasil koleksi ayahnya juga hilang! Adakah ayah dirompak?!! Tangkas dia mendapatkan ayahnya. belum sempat dirinya mendapatkan ayahnya... dia terduduk... air mata mencucuri pipinya. Dia terasa amat bodoh sekali... Kenapa ayah? Kenapa?!!

Dengan tubuh yang makin lemah... Dia terus memeluk ayahnya... sekeping kertas pada tangan ayahnya langsung jatuh akibat perbuatannya. Resit-resit pajak gadai di atas meja basah disebabkan air matanya. Ayahnya terus terjaga dan mengesat air mata anaknya. Dia terdiam dan tersenyum melihat ayahnya. Ayahnya mengambil sekeping kertas yang jatuh tadi. Lalu menyerahkan kertas itu kepada anaknya lalu berkata...

" Sayangku, ini kertas resit pelaburan untukmu. Ayah yakin mak akan gembira jika melihat satu-satunya hasil cinta ayah dan mak masuk ke kolej atau universiti. Ayah berusaha mendapatkan duit untuk sayang, tadi ayah nak berikan buku ini kepada sayang... tapi sayang tertidur. Hehehe, tentu sayang belajar tadi kan? Ambil buku ini dan surat ini. Dapatlah sayang membayar apa yang patut untuk melanjutkan pelajaran nanti. Maaf sebab sejak beberapa bulan ini ayah tidak dapat meluangkan masa bersama sayang.. lepas ni, ayah akan bersama sayang sehingga kemuncak STPM. Jangan tanya dari mana duit ini datang... Sebab ini merupakan pesanan mak kamu."

Dia terus memeluk ayahnya...

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...