AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Aku tiada masaalah denganmu wahai katak!

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Anda geli pada katak? saya geli geleman bila dipeluk katak gergasi. Petang tadi aku berjalan balik dari GYM IPGKS Miri dan terlihat sesuatu yang bersinar. Sinaran tersebut datangnya dari dalam senuah lubang! Apakah itu? intan atau berlian? Tangkas aku mendapatkan lubang tersebut. Eh? ada sesuatu yang bergerak! Gambar di bawah adlaah lubang yang sama dan berhampirang dengan lubang katak tu.




Ku masukkan jemariku ke dalam lubang tersebut! alamak!! ada benda keluar!! Katak rupanya!!! Terus katak tersebut menggembungkan badannya. Yang berkilau tadi adalah mata dan badannya yang berlendir. Alamak.. katak, jangan la kau suruh hari ini hujan gara-gara aku kacau kau dalam lubang itu.



Muat juga akmu di dalam lubang kecil itu.. apa yang engkau buat di dalam lubang tersebut wahai katak? agaknya katak itu sedang bertelur di dalam lubang yang menakung air itu. Aku biarkan katak itu untuk menguruskan hal yang perlu la. Seronok juga sentuh-sentuh katak.. emm.. ini katak beracun ke? Sekian ~TQ(^^)~

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...