AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Benda yang membuang masa

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Aku Malas. Hari ni kita sama2 fikirkan perkara yang aku cuba fikirkan. Aku terfikir benda yang biasanya kita anggap membuang masa. Sebagai orang muda ni aku selalu meneliti setiap kerja yang aku lalui. Jadi di sini aku himpunkan perkara2 yang boleh dikira sebagi membuang masa. Dari sudut pandangan aku sebagi orang yang tinggal dalam IPGKS Miri.


Memandu, adalah antara perkara yang sangat membuang masa!! betul!! sebab kalau aku nak ke pasar, memang 30 minit di atas jalan raya la.. apa lagi kalau naik bas. Nak tunggu lagi nak duduk lagi..tekan tiket dan macam2 la. Kalu ualng alik, lebih 1 jam dalam kereta. So, kalau nak kata lepak.. jangan harap la aku nak buang masa. Kena tunggu time sesuai, time jalan x jam.


Main game, bermain permainan seperti DotA merupakan perkara yang membuang masa. Untuk satu permainan memang lebih dari 10 minit untuk main apa lagi kalau lawan kawan2 lain. Bagaimana dengan game online? Sorry beb... Line internet x laju. Jangan sesekali nak cuba. Nanti melayang 5 jam di depan meja buat benda x bermanfaat.. 5 jam tu dapat aku guna untuk jual burger dan dapat untung. 5 jam tu dapat aku luangkan dengan insan yang tersayang.



Laman Sosial, Online dan berchat sana sini dan mengumpat? Hahaha!! x terasa dah 3am!! Rasakan bangun pagi esok! harap mata tu dapat terbuka semasa kuliah sedang dijalankan. Sekarang aku dah kurangkan bersoSIAL dalam FB. 5jam untuk FB x berbaloi... Kalau ada buat duit ok la.. ni asyik sangat main kejar2 dengan kawan2 dalam FB. Kalau berbincang mengenai benda ilmiah ok la..

Main Phone, ni bukan penyakit ni. Ini adalah Trend!hahaha!! sms? siapa x main sms? Hehehe, tekan msg 2 minit ada yang laju sampai 3 saat je tekan msg.. kemudian send.. 15 saat ada yang lebih cepat bergantung kepada jenis phone.. tunggu msg dibalas balik.. 30 saat.. Fikir apa yang nak ditulis..singkatan apa yang nak diguna.. maklumlah nak jimat kredit.. rasanya untuk satu komunikasi melalui msg, aku perlukan lebih dari 2 minit... dalam 1 jam, hanya sedikit saja hasil perbualan nya.. Tapi bagi yang hangat bercinta.. 1 msg "I LOVE U" pun sangat bermaklumat!hehehe.. biarpun berulang kali diterima..namun terasa syok juga.


Membuat keputusan dan menunggu keputusan, maklumlah kita hudup dalam dunia yang bermasyarakat. Tak kan kita nak buat keputusan sendiri kan? Ni nak buat sesuatu kerja, kena fikir dulu. Kemudian tunggu keputusan. Tu la, kalau nak buat kerja kena rancang awal2. Tak boleh tunggu saat-saat akhir.


Jadi, pengajarannya... kita hendaklah sedar bahawa kita hanya ada 24jam sehari. Adakalanya kita harus mengatakan tidak kepada permintaan rakan kita supaya 24jam kita terjaga. Mungkin ada yang melihat perkara yang kita lakukan x berfaedah, tapi perkara tersebut mungkin amat penting bagi kita. Seperti calling 2jam dengan mak dan ayah. Mungkin mreka fikir kita sedang borak-borak kosong. Tapi hakikatnya 2 jam itu akan menjadi sesuatu yang indah dan lebih lama dari 2 jam.. selamanya.. ~TQ(^^)~

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...