AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Cikgu Melukis Macam Budak!

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog yang malas ni. Nama blog pun dan malas, apa lagi kalau melukis.. memang malas la..HAhaha!! well, tadi aku duduk dalam bilik kuliah IPGKS Miri, mendengar ceramah yang menarik, pada ketika itu lah jari aku memuntahkan idea yang otak aku ilhamkan.

Tak terasa aku dah siapkan beberapa lakaran pada masa itu. Hehehe.. jadi aku rakamkan karya aku di dalam ini agar senang untuk aku ingat kembali. Kepada anda yang mengintai lukisan aku, sorry la kalau x cantik, maklumlah.. lakaran 1 jam jer. Semua tu aku buat cincai-cincai. Tapi seronok juga lihat lakaran itu. :) Klik pada gambar untuk zoom in.

Ni gambar aku yang ditiru dari tag nama IPGKS Miri. HAhaha.. x sama.. sebab pipi kembang! Lakaran pantas ni...
 Ni luahan idea ada di mana-mana. Dalam file pun kena conteng!
 Ni gambar aku lukis, aku cuba melukis matanya.. agar kelihatan bersinar..
 Ni lakaran wajah lelaki yang x diketahui..
 Nak cuba lukis badan..
Gabungan pen dan pensel..
 Ni contengan pensel..
Sekian terima kasih kerana sudi melawat blog Aku Malas. Ni lah hobi aku kalau tak der kerja, Melukis membuatkan aku tenang dan meluahkan apa yang aku rasa dalam bentuk garisan dan lakaran. ~TQ(^^)~

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...