AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Dikalahkan Oleh Orang utan!!

Ni adalah sambungan daripada kisah aku yang sedang menjalankan BIG (Bina Insan Guru) untuk IPGKS Miri di sabah hari tu. Entah la.. aku ditakdirkan bertemu dengan seekor orang utan apabila namaku dipanggil untuk mecabar kekuatan seekor beruk di sebuah zoo yang terkenal di Sabah Boleh bah kalau kaw..

ini merupakan satu daripada aktiviti di Zoo Sabah.
 Orang utan menjelma entah dari mana berhayun menuruti muzik
 Sangat tangkas dan sangat berbulu.
 Namaku dipanggil dan aku tampil dengan bersahaja..
 Aku diminta menunjukkan kekuatan ototku!! so orang utan bernama Mowgly pun mencabarku!
 Bermulalah pertandingan mengupas kelapa tua..
 Mogly mendahului dan mengalahkan aku!!
Demikian lah pengalaman semasa berada di Sabah. Ternyata pengalaman ini sangat best! sebab dikalahkan oleh orang utan.. aduh.. sukarnya aku menerima hakikat ini! yang pasti orang utan memiliki kekuatan 4 kali manusia biasa.. Sekian, ~TQ(^^)~

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...