AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

I-Pad adaptasi teknologi silam Rom?!


Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Aku Malas. Ok, kali ini aku nak share mengenai rahsia I Pad yang menggunakan idea silam Rom. Pada pendapat aku, selepas membaca pelbagai jenis maklumat. Kaedah menulis menggunakan Stylus merupakan kaedah yang diperkenalkan oleh orang rom pada tahun 1300 Sebelum Msh.

Sedang aku mencari maklumat mengenai PSV berkaitan dengan sejarah pen ink aku terlihat perkataan stylus dan ciri-cirinya menunjukkan kesamaan dengan penggunaan pada IPad. Gambar di bawah menunjukkan stylus yang diggunakan pada masa kini.


Stylus yang ada pada masa kini memiliki pelbagai rupa dan bentuk bergantung kepada produk. Stylus juga menunjukkan status pemiliknya.
Gambar menunjukkan buku yang disapu wax kemudian ditulis menggunakan stylus. Buku ini merupakan buku lakaran masyrakat rom. 
Gambar di bawah merupakan sedikit maklumat mengenai stylus yang diperkenalkan pada zaman ketamadunan rom.
Gambar di bawah merupakan antara alatan yang diggunakan untuk menyediakan pad stylus rom. Terdapat wax yang telah disapu di atas buku dan stylus diggunakan untuk melakar dan menguris wax yang telah disapu pada buku berkenaan. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan lepak di blog Aku Malas. santai-santai lah petang ini, sebab aku nak lepak sekejap di GYM. da..da.. ~TQ(^^)~

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...