AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Menjenguk suasana Miri di malam hari

Salam sejahtera kepada anda semua. Miri merupakan sebuah bandar di sarawak. Saya sebagai Guru Pelatih IPGKS Miri tahu di mana biasanya guru pelatih yang lain lepak. Jadi, jika anda nak tahu.. Bintang Mega mall A.K.A Parkson merupakan antara bangunan yang menjadi tumpuan guru pelatih untuk mendapatkan pelbagai barangan yang diperlukan sepanjang menjalankan pengajian. Barang-barang yang boleh didapati adalah... Banyak la!! Nama pun dah MEGAMALL!! dari makanan ke alat tulis (basic keperluan untuk study )

Aku drive dengan berhati-hati, cuba u all tengok meter aku tu. HEhehe.. x laju kan.. tapi tetap dikira bahaya juga sebab memmandu sambil mengambil gambar.
Tiba di dalam Bintang M.Mall aku terus mengambil sedikit wang untuk makan dan belanja minggu ini. Kelihatan seorang budak menari di tempat awam!
 Oh? Itu kakak dia, mereka gembira bermain baloon.
 Berbaris di sebuah kedai makan.
 Duduk di penjuru dinding kaca dan menikmati makanan malam!!
Sambil makan, sambil itu mataku memerhatikan kereta lalu lalang masuk ke kawasan letak kereta. Banyak juga orang Brunei malam ni.
Lepas makan aku lepak nak cari makanan. Terjumpa pula display promosi "mamy poko" Oww.. macam itu lampin berfungsi.. nanti dah ada anak kena tahu benda ni.
 Ops!!! Bukan saya yang buat!Hehehehe!!!
Ini lampin apa pula? Owhh.. untuk orang yang tersayag ni..hehehe.. kena tahu juga, jika nak jadi pasangan yang prihatin.
 Wah. makanan.. misi pencarian pun bermula...
 Cari makanan yang tahan lama, di bilik asrama IPGKS Miri x ada peti sejuk..
 Beras? aku rasa aku x perlukan ni...
 Wah, kedai makan mahal! errkk.. x nak la.. $$$$$ x der.. ni bukan keperluan..ini kehendak!
 Balik ke kereta dan menggunakan shortcut! hati-hati ada kereta lalu dengan laju!
Sekian sahaja la, terima kasih kerana sudi menjenguk dunia Miri melalui lensa kameraku dan sudut pandangan seorang guru pelatih IPGKS Miri. ~TQ(^^)~

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...