AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Teruskan...


Salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang sunyi dan Malas ini. Kepada semua mereka yang bercinta jarak jauh. Aku kongsikan secebis contengan perkataan yang terlahir dari hatiku. Tak perlu tanya bagaimana cinta itu ditemukan dan bagaimana ia mampu bertahan sejauh yang kita rasa. Kerana semua yang kita rasa ini tidak kita duga dan rancang. Bukankah ini namanya cinta yang buta? X kisah untuk terus bersama walaupun jauh dan x melihat satu sama lain dalam masa yang lama. 



Sajak Teruskan by Chrisroyston


Hari yang terlalui
Denyut jantung ku hitungi
Aku menyedari jiwamu menanti,
Sejauh langkah ini tidak pernah berhenti
Menjejakimu
Sejauh ini aku telah menanti
Dan mencarimu
Tak kan aku berhenti
Biar pun halangan menduga,
Aku terus mencari
Dan akan menemukanmu


Sejauh ini telah aku berlari
Merapatkan ruang dan waktu kita
Sejauh ini aku telah berlari
Tidak pernah berhenti mencintai
Biarpun sekali lagi lahir ke bumi
Aku akan terus mencintai
Biarpun berlalu detik pergi
Aku akan terus mencintai
Kerana terlah ku pergi sejauh ini
Tidak pernah terfikir sejauh ini
Dirimu membawaku pergi


Jangan risau cintaku
Kuatkan hatimu
Mengunyah masa dan waktu
Menelan ruang dan jarak
Jangan risau kasihku
Tenangkan jiwamu
Kerana aku setia mencinta
Biarpun berkali-kali terduga
Aku pastikan hanya dirimuku nanti
Hanya jiwamu ku kejari
Biarpun sejuta kali aku lahir
Aku akan mencarimu semula


Sudah sejauh ini aku berlari
Takkan ku kembali Ke rumahku tanpamu di sisi
Sejauh ini ku sudah pergi
Dibawamu mengejar syurgawi
Aku tak kan berhenti
Terus dan terus mencintai
Dirimu kasih


Jangan risau
kerana aku sihat-sihat sahaja di sini
Dalam perjalanan
Cintaku
Jangan risau
Kerana aku masih kuat di sini
Dalam usaha
Menawanmu
Jangan risau
Kerana aku masih hidup di sini
Meneruskan sisa sisa
Perjuanganku
Demi insan yang ku damba
cinta
teruskan..

Sekian, terima kasih kerana sudi lepak seketika di blog yang biasa-biasa ini. Aku doakan u all happy2 dalam segala macam penantian yang u all nekad buat. Ada yang nekad menanti kreta baru, perkerjaan, pembelajaran, kejayaan dan tak kurang juga mereka yang menanti ditemukan lagi dengan si cinta yang jauh di sana. ~(^,^)~


0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...