AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Harga senyuman mereka.

Salam sejahtera kepada semua yang membaca ruangan ini. Kali ini aku ingin berkongsikan 3 keping gambar yang harus anda hayati. Sesungguhnya gambar tidak akan berkata dan bergerak, hanya minda kita yang akan berkata untuknya dan menggerakkan gambar yang pegun itu. Bayangkan anda sudah berusia 100 tahun dan ada terjumpa gambar saat remaja anda. Senyuman yang terawet di dalam sebuah album akan mengusik jiwamu dengan pelbagai perasaan dan kenangan. Demikianlah betapa kuatnya erti sebuah senyuman yang kita tangkap dalam gambar.

Apakah yang sedang difikirkan oleh mereka? Mereka kelihatan gembira dan seronok di dunia mereka. Adakah mereka tidak risau akan beban kerja rumah? Atau mereka tidak kisah mengenai kerja rumah kerana bagi mereka kerja rumah bukanlah apa-apa jika dibandingkan dengan kebahagiaan hidup di suasana yang aman ini.

Kali ini aku menekankan gambar yang berkaitan dengan murid-murid ku. Mereka adalah kanak-kanak yang masih bersih mindanya dan mentah. Senyuman mereka adalah senyuman yang setulus dunia dan syurga tanpa niat yang terselindung. Ada kalanya kita yang dewasa ini melakonkan senyuman untuk menunjukkan rasa sinis dan sekadar mengambil hati. Tapi, dalam gambar ini, aku merasakan mereka yang senyum ini ingin menyatakan perasaan mereka terhadap dunia yang mereka alami.

Mereka menyambut kemerdekaan, seperti kita juga. Senyuman mereka kelihatan tulus sedangkan mereka tidak pun tahu sangat erti kemerdekaan jika dibandingkan dengan golongan cerdik pandai. Tetapi mereka tetap juga senyum. 

Mereka sedang belajar, banyak masa yang mereka luangkan di sekolah bersama rakan-rakan mereka. Senyuman mereka jelas sekali senyuman yang sama dari rumah. Berbeza dengan kita.. saat di tempat kerja, kita akan ketawa dan tersenyum megah. Tetapi di rumah, ada yang tidak senyum dengan ibu bapa, ada yang malu-malu dan tak kurang juga yang manja-manja senyum romantis di rumah bersama yang tersayang. Hehehe.. ternyata lokasi mempengaruhi perangai kita. Tapi tidak bagi kanak-kanak yang saya ajar.

Ini senyuman apa pula? Rasanya dia sayang akan kucing itu, seronoknya dia sehinggakan tidak sedar dia senyuman di depan kamera seorang guru yang sering menegur sikap nakalnya.

Senyuman adalahn satu bentuk komunikasi. Adakalanya kita tidak menyedari senyuman itu tercetus pada wajah kita. Senyuman itu adalah sambungan dunia luar dengan hati kita. Yakinlah bahawa dunia menjadi semakin indah dengan senyuman yang kita luahkan. Semoga anda semua berasa bahagia dan senang di sana, jangan lupa senyum.. Hehehe! Sekian ~TQ(^^)~

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...