AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Bukan sekadar ucapan di mulut sahaja... lakukannya.

Salam sejahtera kepada anda semua yang sudi melawat blog aku malas ini kalau tak keberatan sila jenguk juga blog lama aku iaitu Aku Dan IPGKS kisah aku di IPGKS Miri ( Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri) . Biasa la, tak cukup facebook blog juga jadi jurnal mengenai rentetan kehidupan aku di sini. Mana tau, satu hari nanti aku hilang ingatan dan paling kurang aku dapat cuba flash back memori melalui blog ini.

Ok! tajuk hari ini adalah Bukan sekadar ucapan! mengapa aku menulis benda ni? Ya, semua kita tahu berkata dan melafazkan sesuatu. Tatapi tidak semua mahir melakukannya. Saya tidak bermaksud bahawa anda hanya tahu mengatakannya tetapi tidak ingin melakukannya. Sebenarnya ramai di kalangan kita tidak mahir meluahkan apa yang dikata dalam bentuk perbuatan.

Sebagai contoh, kita tahu melaungkan laungan kemerdekaan. Pada masa yang sama kita tahu juga bagaimana nak menunjukkan erti kemerdekaan dalam bentuk perbuatan. Contohnya dengan menghias rumah bertemakan kemerdekaan atau mengibarkan bendera sepanjang masa! wow! itu baru bersemangat beb! Kalau aku, selimut pun aku pakai bendera! Semangat ni! semangat! 

Oh ya, saya nak kongsikan beberapa gambar yang menyentuh minda saya untuk menulis penulisan ini. Gambar-gambar ini saya peroleh semasa menyertai aktiviti kerohanian di BEM On The Rock. Ye la, sebagai rakyat negara ini, saya harus bersemangat mengamalkan rukun negara yang pertama. Dan ini laluan yang aku pilih.

Ok geng! Gambar ini menyedarkan aku betapa kecilnya minda aku yang hanya tahu menyebut tapi aku kecut untuk meluahkannya dalam bentup perbuatan. Mereka menari bersorak sorai tanpa ada wujud derita dan kekesalan pada wajah mereka. Mereka memberi insan lain hadiah untuk menunjukkan betapa bahagianya mereka. Ia bukan sekadar kata atau pingat. Ia bukan sekadar pengucapan atau penghormatan. Ia satu pengorbanan yang dilakukan oleh ramai pihak. Jom lihat gambar-gambar ini sekejap.

Gambar di bawah ni adalalah lokasi aku menimba ilmu. Sebagai bekalan dalam perjalanan di dunia ini dan juga zaman nanti.


Ok! Mereka menari untuk menunjukkan rasa gembira dan hormat. Kalau aku disuruh, aku masih malu-malu nak buat benda macam ni. Tapi setelah melihat mereka, ternyata mereka telah menepis rasa malu untuk menunjukkan rasa dan makna bersyukur.







Gambar di bawah ini pula membuatkan aku rendah diri, dengan memberikan hadiah yang dapat membantu insan yang lain. Mereka sanggup membeli sebuah kereta Innova untuk individu yang mereka sayangi. Mereka berkongsi wang untuk menjayakan niat mereka.



Gambar di bawah pula menunjukkan insan yang lain hadir untuk menunjukkan sokongan dan membuktikan bahawa ucapan persaudaran mereka bukan sahaja di mulut. Mereka sanggup hadir walaupun dari jauh untuk menyertai aktiviti ini.



Jadi, ini lah yang membuatkan aku rasa merendah diri. Bukan kerana harta tetapi kerana kekurangan ilmu di dada dalam mengerti makna kehidupan. Aku akan belajar meluahkan apa yang aku kata melalui mulut dengan lebih baik lepas ni. Uit!! Bukan bermakna aku selama ini tak pandai buat apa yang aku kata! Kali ini, aku nak buat benda yang aku kata dengan lebih kreatif dan bersungguh sungguh! Sekian. (^^)

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...