AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Cintai Cacing penyerang Jantung hatiku!!


Salam sejahtera kepada semua yang membaca cerita aku kali ini. Sempat juga aku berblog kan? Biasa la, kerja dah settle, so aku manfaatkan masa yang ada dengan menulis blog la, tak kan nak aku buat kerja bodoh. Perancangan kena tepat beb! Uit! Mereka kata kalau dah siap kerja, buat la aktiviti yang berfaedah dari blogging. EXCUSE MEE GORENG!! aku lepak di GYM IPGKS Miri (Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Miri) la beb!! Tengok gambar ni! Klik sini! ( Bukan nak show off la, bukti aku bersenam, blogging, study dan buat benda yang membahagiakan aku sebagai student) Masa aku padat! I tak buang masa! ok??!! Kecik hati jantung dan jiwa ragaku juga la ada insan kata aku ni buat kerja x serius dan banyak masa berblog. HAhaha! biasa la, kritikan x matang usah dilayan. Ok!

Gambar di bawah adalah jantung yang kena serang cacing! adoi!! sakit jantung hatiku!


EH!! bercakap mengenai jantung hatiku, u all tahu ke adanya cacing yang menyerang jantung. Biasanya kes ini jarang berlaku kepada manusia memandangkan cacing ini lebih suka hidup dalam jantung haiwan seperti anjing, kucing, harimau bintang, dubuk dan singa laut.

Ni dia yang kecil ni!

Cacing ini mampu hidup dalam jantung manusia ia tidak memerlukan pembedahan untuk dibuang, begitu juga dengan haiwan peliharaan seperti anjing yang mahal. Cacing ini biasanya mati dan mereput dalam jantung manusia dan biasanya cacing ini juga berpindah ke paru-paru untuk menumpang. Mungkin jantung kita tidak sesuai untuk mereka diami disebabkan faktor anatomi dan fisiologi jantung kita berbeza dengan haiwan. Cacing ini dipindahkan dari organisma lain melalui nyamuk. Kalau nak tahu lebih banyak sila baca di sini http://www.answers.com/topic/heartworm

Gambar di bawah adalah gambar cacing yang biasanya berukuran 30cm di dalam jantung!




Untuk haiwan rawatan menggunakan sejenis dadah  arsenic-based compound merupakan kaedah yang biasanya diggunakan. Haiwan yang telah diberi ubat ini harus berehat dengan cukup agar sisa-sisa cacing yang telah mati dapat diserap dengan baik oleh badan dan tidak bergumpal di paru-paru dan jantung sehingga menyebabkan kegagalan pernafasan.

Gambar di bawah menunjukkan kawasan cacing ini menyemak.

Gambar di bawah menunjukkan kitaran hidup cacing ini. Kalau nyamuk ni gigit kita ada bawa cacing ni? adooii..
Sekian sahaja perkongsian aku yang malas ni dengan u all. Gambar ni aku search dari web dan edit supaya lebih jelas. Kecil jer saiz gambar ni pada asalnya, hahaha! kalau besar sangat takut kawan2 aku seram la pulak! haha!! Syukur kes jangkitan cacing ini jarang berlaku pada manusia.

Jika anda suka post tentang penyakit seram sejuk or gambar seram sejuk klik link di bawah:

Kalau tak suka, jom refresh minda dengan gambar lucu ni! bergerak!! animasi hahaha!!klik -> http://aku-lazy.blogspot.com/2012/09/fun-time-with-me.html

Sekian (^,^)

2 Comment:

LiN IBRAHIM said...

Sakit dada mek baca hal tok. Hihi. Nebes kotan ngga jantong knk agak ulat tegal nyamok. Org pernah kenak ka?

AkuMalas said...

Aku pun gelik nangga benda tok!ya sebab kmk post benda tu!hahaha!! Pernah kenak org..tapi kes ya sikit gilak..lagipun org bukan target parasit jenis ya. Thanks Lin.

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...