AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Hidup sebagai orang Miri di hujung minggu.

Salam sejahtera kepada anda yang terserempak blog aku malas ni. Ok, hari ini aku ingin menyatakan bahawa! MIRI SANGAT SESAK DI HUJUNG MINGGU!! hahaha!! ternyata jalan rayanya kelihatan semakin sempit disebabkan ramai insan yang cuba memanfaatkan hujung minggu ini sebagi waktu riadah dan meluangkan masa dengan keluarga. Adventure!! ^_^

Aku apa kurangnya juga, sebagai studen ( Guru Pelatih Institut Pendidikan Kampus Sarawak Miri - IPGKS Miri ) aku juga memiliki keperluan untuk menjadikan masa hujung minggu sebagai tempat untuk melangsaikan keperluan dan diikuti kehendak. Keperluan dan kehendak merupakan perkara yang semua manusia harus fahami supaya kehidupan lebih terancang dan tidak sia-sia.

Berbalik kepada tajuk di atas. Aku ingin kongsikan sebahagian suasana yang aku alami hari ini sebagai orang Miri walaupun pada asalnya aku orang Sarikei. Ok, jom kita lihat gambar di bawah! ^_^

Yes, sememangnya hari ini adalah hari yang indah, setelah bangun pagi dari lena yang sementara aku menguruskan diri dan memulakan destenasi ke bandar Miri. Objektif utama adalah ke gereja. Do u have problem with that dear? Rukun negara pertama di negara Malaysia, Kepercayaan kepada Tuhan. Hehehe, sebagai rakyat Malaysia yang sah aku sedang mengamalkan rukun negara yang pertama. Ok, kelihatan jalan raya sesak, sangat sejak di hujung minggu. Perjalanan yang hanya memakan masa 15minit menjadi 1jam lebih. Jadi, lepas ni aku kena awal turun dan guna jalan BSN untuk sampai ke destenasi, sebab sana kurang sesak berbanding jalan utama. Hehehehe! 


Di dalam gereja BEM On The Rock pula lain kisahnya. Aku menghayati perkara yang perlu dihayati untuk menjadi manusia yang baik dan tidak radikal serta fanatik. Kerana aku sayangkan negara Malaysia aku harus menunaikan tanggung jawab ini. Yang penting tanggung jawab untuk memenuhi keperluan peribadi ( rohani ) bukan kehendak daging.


Ops!! BEM-On The Rock hari ini rupa-rupanya ada mengadakan majlis penyerahan kreta Innova sebagai pemberian / hadiah kepada Presedent greja sarawak lah! Sempat juga aku rakamkan saat ini!


Lepas tu aku mencari tempat parking. 1 jam kemudian aku berhenti untuk makan nasi itik. Susah juga cari tempat parking hari ni. Minggu di miri sebelum ni tak juga susah. Oh ya!! cuba anda semua lihat dompet aku! Ada cop BSMM kan? Kagum juga melihat anak-anak muda berpanas mengutip derma. Hehehe! Aku? Aku ada menderma? ada, dengan ikhlas aku membantu.. good luck to BSMM cawangan Miri!


Lepak di shopping mall area Parkson (membeli barangan keperluan) , kagum juga melihat landskap ala diorama ni!haha! siap dengan orangnya dan kereta. Poko pun ada! Besar juga rumah ni, agaknya berapa harganya? Sediakan dulu Rm300 K!


Suasana di kedai buku selepas aku membeli barang keperluan untuk minggu ini. Budak-budak tu kelihatan sangat asyik membaca. Syukur negara kita aman, memang suasana ini yang amat menyejukkan mata. Semua individu bebas melakukan perkerjaan masing-masing tanpa sebarang ancaman.


Setelah menyedari jam telah menunjukkan pukul 3 petang. Dengan tangkas aku melangkah ke arah keretaku, aku nak balik. Dengan harapan esok merupakan hari yang indah dan bermakna. Semoga perjalanan aku hari ini menjadi kenangan di hati, memang begini agaknya benda yang orang bandar selalu alami. drive dan parking saja memakan masa, jika di hujung minggu. Hehehe!! Thanks! (^^)

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...