AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Ketagih Populariti dalam facebook? 8 ciri-ciri

Salam sejahtera kepada semua! Yeah!!yeah!! happynya apabila ada orang like comment aku! wahh!! puluhan yang like gambar aku! Demikianlah apa yang kebanyakan orang akan rasa bila diberi perhatian di dalam Facebook. Hehehe!

Aku pun apa kurangnya. Ada peminat tersendiri dan subscriber nya walaupun x banyak macam artis. Namun inilah lumrah manusia. Kita sangat suka pada perhatian yang dilemparkan kepada kita. Ok! apa tunggu lagi jom baca..8 simptom ketagih populariti melalui facebook:


1. Sentiasa upload gambar untuk pengetahuan umum

Ni biasa la, tak kan nak guna facebook untuk comment jer. Mesti la upload gambar!! Biar ada orang like dan tahu perkembangan semasa. Ada yang siap upload gambar produk dan promosi la!hehehe, tidak salah... kita manfaatkan facebook sebaik-baiknya. Majukan diri dan terokai peluang ekonomi dalam web. Jangan pula jadikan Facebook sebagai tempat menabur fitnah. Upload gambar2 yang mendatangkan kontrovesi. 
 
2. Menyemak post-post yang lalu atau semalam untuk lihat berapa like dah dapat

Ni biasa la. Kalau ada post-post yang hanyat pedas berapi. Siapa tak suka? Kalau ada comment benda yang dasyat tu memang sentiasa ditunggu hit "Like". Berapa banyak yang like hari tu. Kalau 5 orang like, memang terasa sanggat happy la, sebab ada orang mengikuti perkembangannya. Bayangkan 1000 yang like! wow! memang tak lena la tidur malam tu! senyum sepanjang masa.

3. Berasa tidak puas bila melihat orang lain mendapat puluhan like untuk post seperti "Blrpp~kenyangnya" 

Kita tulis comment berjela-jela tak juga dapat like banyak. Tapi ada juga yang hanya post benda yang sangat mudah dapat like sampai puluhan. Apa rahsia mereka? Ooooo... dia banyak kawan yang minat like rupanya. HEhehe!


4. Sehari tanpa facebook terasa x sempurna

Terasa seperti tiada orang yang berkawan dengan kita, biasalah di dalam facebook beribu kawan, tidak sunyi. Realitinya, hanya berkurung di dalam bilik bertemankan laptop dan drama korea. (Tak semua orang) Terasa x popular la pulak!
5. Sehari tanpa like dan comment orang terasa diri ini sangat "lame"

Apa masaalah diaorang semua ni? Satu like pun tak ada. Satu comment pun tak ada. Memang terasa hidup ini tidak bererti. Rasa nak buka akaun baru la pula. Tapi bila ada yang like dan comment, terasa sangat bererti hidup ini. HEhehehe.

6. Jarang tulis comment, dia hanya klick like jer  ( lagak ala-ala busy la, macam popular )

Biasa la, banyak sangat orang nak dilayan. Mampus la kalau ratusan comment terpaksa di layan dan dicomment. Facebook bukan laman web yang menyusahkan, mreka ada sediakan butang "like" tekan jer butang tu. Habis cerita...


 7. Bila kawan comment, dia rply dengan menekan like pada comment saja.

Bila kawan comment dia tekan like. Bila tetamu baru yang comment dia akan comment. Bila ada orang yang agak popular darinya like dia akan comment dan like. 

8. Sentiasa post benda yang terlintas di fikiran sebab dia nak orang tahu apa yang dia fikir.

Ni la shortcut nak jadi popular. Senang jer kalau nak popular, tulis benda yang u tak fikir masak-masak. Benda yang mampu buat orang marah dan minta anda memotong sesuatu pada badan anda. Memang terus popular! ada yang sangat popular sampai tutup akaun facebook. Hahaha! well, respect dengan keberanian mereka. Aku memang kalah la, sebab piqir masak2 dulu comment, sebab kita hidup dalam satu masyarakat yang pelbagai kaum dan harus memahami sensetiviti orang lain.

Hehehehe, Best juga kan bila jadi popular? Walaupun bukan artis atau sesiapa yang ternama kita boleh juga merasakan kesan yang bahagia bila memiliki sebuah akaun Facebook. Enjoy semua! Hehehe, manfaatkan kemudahan yang ada. Selamat bersantai! (>.<) Aku nak buat projek dalam Blog la.. dah malas main Facebook. Hehehe! C u all later! ( ^_^ )



2 Comment:

Encik H said...

kat blog kau ni tak ada button like ke? aku nak like ni..hahaha

AkuMalas said...

@Encik HNice juga cadangan u ni yerr... Saya dah letak butang yang u mahu tu di atas.. mr Mysterious H.hahaha! saya sedang baca penulisan blog u ni..hehehe..sorry rply lewat.

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...