AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Menghapus Jejak. BAHAYANYA INTERNET (jangan tak baca)

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog aku kali ini. Aku dari dulu memang ada memiliki pelbagai akaun dalam internet dari Friendster sehinggalah Facebook. Tagged pun ada apa lagi akaun seperti Deviant art. Banyak lah... Rasa tidak selamat pula jika orang terlalu banyak mengetahui mengenai aku.


Diaman aku berada dan apa yang aku fikir. Semua orang boleh tahu. Bayangkan jika ada insan yang nak memburu aku atau anda yang memiliki pelbagai jenis akaun. Sudah tentu mudah sangat untuk menjejaki anda kan? sekarang jika anda memiliki akaun Facebook, cuba tapi nama anda pada google. Memang ada terkeluar nama anda walaupun anda hanya like saja.

Gambar bawah: Tak kan dalam FB aku kaburkan semua maklumat macam gambar di bawah!

Itulah antara kelemahan menggunakan nama sebenar. Orang akan mampu menjejaki anda. Walaupun anda "block" akaun anda untuk ditatapi umum. Namun, orang akan menyiasat anda melalui mutual friend anda. Amacam? rasa selamat kah dalam dunia sekarang?

Gambar bawah: Look! aku taip nama aku Chrisroyston dalam Toogle! apa hasilnya!
 
50% maklumat mengenai lokasi dan identiti anda kian diketahui umum. Anda bukannya artis aku pun sama. Eh?ada artis ke baca penulisan ini? Hehehe! x apa... My Point is!! Kita semua pada zaman ini amat terdedah! sangat terdedah! di sana-sini maklumat bertaburan! Lain la kalau anda memiliki sumber rezeki melalui identiti seperti pakar motivasi dan artis. Mereka menggunakan pekej dan skill dalam perhubungan dan perantara sosial melalui personaliti dan identiti mereka.

Gambar di bawah: Di google, aku taip nama aku! Alamak! hai, selamat berkenalan..

Bagi aku, sumber ekonomiku bukanlah melalui wajah atau identiti. Untuk insan biasa yang menggunakan laman web sebagai medium mempopularkan diri. Aku nasihatkan agar berhati-hatilah menggunakan laman web, jangan kongsikan terlalu banyak maklumat mengenai anda. Di Amerika, banyak kes kecurian identiti. Jenayah yang dilakukan oleh orang lain, tapi orang lain yang kena disebabkan si pelaku menggunakan identiti yang sama. OMG!!

Teringat juga bahawa amatlah mudah pada zaman kini untuk SPY sesorang. Tidak memerlukan wang yang banyak melainkan broadband dan laptop serta otak yang bijak. Anda ada terbaca mengenai kes Spy dalam Facebook? Banyak tau... ni baru satu jer. Klik sini. Taliban SPY!

Ye la, mana ada orang dengki pada kamu kan? apa yang nak dirisaukan... Itu yang aku fikir dulu. Aku ada beribu kawan dalam Facebook. Aku sendiri tak tahu berapa ramai yang dengki pada aku. Di depan baik, di belakang siapa yang tahu. Aku tahu mereka telah banyak mengetahui mengenai aku. 

Kes rogol sekarang mudah sangat la... dulu mereka terpaksa menunggu mangsa di perhentian bas berjam-jam. Kini semuanya berlaku melalui facebook. Mereka akan melihat list-list mangsa dan akan membuat temu janji menggunakan profile palsu. Cuba baca ni ulasan dari sumber klik sini.

Well, hampir frust dengan semua laman web yang merantai aku dalam sistem mereka. Be cool!! Manfaatkan teknologi sebainya tanpa mengabaikan aspek keselamat diri. So, setakat ini sahaja penulisan aku. Bye2 (^^) 

~Pesanan aku: Berpada-pada berkongsi maklumat peribadi dan identiti anda di dunia yang tiada sempadan ini~

2 Comment:

Encik H said...

ptg tadi lepas baca entry kau yg ni, aku try la taip nama girl yg aku suka masa darjah 6..hehehe..rupanya dia xde fb..or maybe fb guna nama lain..tapi at least aku jumpa blog pakcik dia..:D

AkuMalas said...

@Encik H Ya? mungkin dia tak aktif berkongsikan maklumat peribadi di web. Memang ada risiko juga jika kita mnejadi pengguna internet tegar. Macam nak download maklumat dari web, kekadang kena register dulu.. (^^) u jumpa pakcik dia?!! hahaha! Clue tu...clue!jadi James Bond jap la! meneroka maklumat melalui clue.

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...