AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Menjelang Hari Malaysia

Salam sejahtera kepada semua. Minggu depan adalah minggu terakhir di sekolah ini. Kehidupan seperti biasa akan dilalui semula di IPGKS Miri. Tugasan menanti, pameran gerenti mesti! Habisnya praktikum, bermulanya kisah baru.

Memandangkan Hari Malaysia semakin hampir, saya nak kongsikan gambar yang bagi saya amat istemewa. Gambar yang memaparkan kanak-kanak yang bakal menggantikan kita pada satu masa nanti, mereka yang akan meneruskan perjuangan kita dalam menjaga erti kemerdekaan. Mereka juga yang akan meneruskan perjuangan dalam memperkayakan lagi Negara kita dengan kisah dan pencapaian yang membanggakan.

Biarkan mereka mengibarkan Jalur Gemilang. Biarkan mereka mengibarkan bendera yang amat mereka banggakan! Biarkan mereka terus melaungkan suara-suara merdeka. Di Negara yang tercinta dan aman ini. Mereka akan meningkatkan potensi diri dalam menjadi insan yang luar biasa dan mampu menyumbang kepada Negara. Jom hayati gambar-gambar yang aku ambil ^_^








Sekian sahaja dari aku. Selamat menyambut hari Malaysia. Bersyukur akan keamanan dan perkongsian yang telah dikecapi. Oh, lokasi gambar ni? Lihatlah pada belakang baju budak-budak ni. Tertulis SK Jalan Bintang. ^_^ 

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...