AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Sampai hati kau Virus

Sejak akhir-akhir ini banyak kes yang membuat mindaku terkedu dan sedih. Perasaan sebegini membuatkan aku terfikir kembali akan harga dan nilai nyawa manusia pada zaman ini. Tergamaknya manusia membuang bayi, kejamnya manusia membunuh sesama yang lain, dengan mudahnya manusia membinasakan diri dan banyak perkara yang makin merungsingkan aku. Adakah pengaruh media massa atau pengaruh budaya asing menjadikan mimpi ngeri ini sangat nyata? Atau... semuanya ini hanyak disebabkan kehendak daging kita. Wang, nafsu, dan emosi yang tidak terkawal serta tidak stabil mendorong semua ini berlaku.


Bagaimana kita hendak melindungi diri kita daripada dijangkiti kekejaman ini? Sesungguhnya kecelakaan dan keharmonian itu datangnya dari dalam diri setiap individu. Pokoknya, adakah kita menyayangi diri kita? persoalannya, adakah kita mengamalkan ajaran agama yang kita hayati? Kerap kali terdengar cerita mengenai orang yang baik dan terkenal pun tumpas kerana virus ini. 


Sedangkan melihat haiwan pun rasa sebak membiarkan mereka kelaparan. Apa lagi mendengar kes buang bayi dan bunuh yang makin biasa di telinga. Adakah kita terlalu takut menghadapi realiti dan dosa yang kita lakukan? Adakah kita takut akan masyarakat yang tidak menerima kita sehingga mata hati kita buta lalu lantang melaksanakan pembunuhan? Terdesak sangatkah kita di negara yang aman ini? Tak kan aku mengajak semua berpindah ke Hutan Amazon yang tenang dan masih hijau.. Tak kan aku mengajak semua menetap di Kutub Utatra yang tenang dan Putih.. Tak kan aku mengajak semua berpindah ke dasar lautan yang tenang tanpa pengaruh manusia.. 

Gambar di atas adalah gambar kucing yang telah mati di IPGKS Miri. Mati sakit. Kesian, sedih sebab aku tak mampu tolong.

Gambar di atas. Kesian kucing ni, kelaparan.

Gambar di atas. Kucing ni makin hari makin lemah..

Perubahan itu bermula dari kita sendiri. dari gaya kita bertutur.. dari reaksi muka ceria kita.. dari tingkah laku kita.. dari kebiasaan kita.. perubahan itu akan orang nilai. Kebaikan itu kita lahirkan dari dalam hati sehingga kita sendiri tidak menyedari ianya kita amalkan.. Virus ini ada penawarnya. Bermulanya penawar itu dar hati yang mengerti dan merendah diri.

Pesanan/Ketuk diriku: Sering kali aku melihat rakan-rakanku mengeluarkan kata-kata kesat bila gembira sangat dan bila tak puas hati. Peliknya hati mereka.. apa yang mereka fikirkan tu?

Bila ketawa gembira mereka lantang menyebut "C***I hahahaha!! lucunya" "F**K yeah hahaha!lawak lah" "D**N its so funny!!" kalau marah pula "PU****K punya orang!!" "S**T lah..tak kan tu tak tau u buat" "S**L betul, u ingat aku takut?" Hehehe, lucu juga melihat mereka selesa dan lega bila menyebut benda tu..

Kalau aku, rasa tak tenteram dalam hati ni sebut benda tu. Mungkin dalam hati kita berbeza.. ada nya suara Tuhan di hati kita yang masih gusar menyebut dan mengamalkan perkara tak elok ni.

Selamat berhujung minggu. :) Refleksikan diri untuk memulakan minggu yang baru!

8 Comment:

Everything's Everythings said...

Setuju tu, kenapalah perkataan mencarut tu juga yg menjadikan sebati dgn kata2 kita kan?
Kita ni bukannya org yg tinggal di barat sana yg mungkin menjadi kebiasaan mereka utk mencarut.. mcm2

ps: Tu kau jadi model baby ke? haha xD

AkuMalas said...

@Everything's EverythingsYe la.. Aku dengar juga lagu barat tapi tak terikut ikut sebut benda tu dengan lantang.. Model babY?!! hahahaha! aku terbaring telentang tu dulu!hahaha! gambar tahun lepas.hehehe! Thanks. >.<

ieda said...

memang benci nagn orang macam nie ..
x habis2 dunia skrg , seolah menghukum manusia kerana perbuatan mereka sendiri kan

salam kenal dari akak ;))

shinji izac said...

yang klakar nya, mencarut dalam english, pastu cakap melayu lik..

selagi ada manusia, selagi tu ada dosa..

AkuMalas said...

@ieda Salam perkenalan! Hello Kak, ye la.. zaman ni banyak benda yang kita tak jangka terjadi.. dari isu masyarakat ke politik.. Kita kena pandai jaga diri. Dunia kini semakin liar.. dulu peramah, sekarang bawa dunia sendiri. Tu la banyak orang tak kisah dengan masaalah sosial di sekitar mereka. Paling kurang pun, cuba nasihatkan..tapi..nanti orang kata kita ni sibuk jaga tepi kain orang.

AkuMalas said...

@shinji izacWow!! I like ur words bro! Selagi ada manusia selagi itu ada dosa. Kita cuba jaga diri la.. kalau dah terlanjur kata tu..cepat2 minta maaf..nanti orang mula x hormat pulak jika kita macam x ambik peduli dengan sensetiviti komunikasi.

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

ermmmm aku kalau orang suka cakap sikit..mesti ada perkataan mencarut... aku suka sound balik.. kita kena ubah tabiat yg suka bercakap benda yg tak baik.. sebab setiap perkataan yg diucapkan seperti satu doa...

AkuMalas said...

@C.M.A @ CikMoonAdnan ya.. kata itu doa..kata itu juga cermin kepada diri kita.. kata itu lahir dari hati.. teruknya kata itu..adalah lahir dari busuknya hati itu..banyakkan berdoa dan reflex diri. Thanks!GUD point there Cik.Moon!

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...