AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Aku mencemarkan badan kawan menggunakan marker

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog aku malas pada saat ini. Kali ini aku ingin kongsikan beberapa keping gambar mangsa yang aku conteng lengannya. Mengapa aku menconteng lengan beliau? Soalan yang menarik, jangan risau aku akan menjawab soalan tersebut.



Hari ini pengajian TESL sedang mengadakan rakaman pementasan drama untuk tugasan mereka di IPGKS Miri ini. Maka, seorang kawan yang akan menjadi mangsa contengan ini telah menyeru namaku melalui sistem pesanan ringkas. Kawan aku tu meminta bantuan aku untuk melukis tattoo pada lengannya. Aku pun menanyakan dia, mengenai latar belakang lakonan drama mereka. Tak kan aku melukis angry bird pulak kalau latar belakang lakonan mereka adalah budaya masyarakan peribumi Sarawak. Maka aku pun mencari idea dan akhirnya inilah hasilnya.

Membuat kajian ringkas dengan beliau di dalam bilik.

Hasil lukisan yang aku buat. Ok lah tu.. sayang juga kalau dipadam nanti. Syukur dah ambik gambar.
Dari pandangan sisi.

Dari pandang dalam sikit.

Jangan risau yer, ini bukan tattoo yang tak dapat dibuang. Aku guna marker biasa jer, lepas pementasan drama ni nanti kena buang la. Nanti terkejut pulak pensyarah tengok tattoo yang x cute ni. Apa lagi mak ayah kawan aku ni nanti!hahaha!tentu mereka rasa terkejut bila melihat badan anak mereka dah diconteng. HAhahaha! Bye2.

5 Comment:

Firdaus Ar-Rayyan said...

nk jgk...hehe

Firdaus Ar-Rayyan said...

nk jgk nk jgk...

Miz Pineapple said...

betul ka ko lukis ni?mcm real tatoo ja..kacak eh.. XD

AkuMalas said...

@Firdaus Ar-RayyanOh brotherku!jom sini aku lukis kat muka!hahaha!!biar nampak cute!

AkuMalas said...

@Miz PineappleYa!hehehe..lukis ni..kalau benar2 tentu mahal aku caj!hahaha!Thanks.

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...