AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Anjing pun tahu... kita?


Salam sejahtera kepada anda semua, kali ini aku nak kongsikan sekeping gambar yang istemewa mengenai sesuatu yang best. Oh, gambar di atas bukan gambar yang aku maksudkan yang aku maksudkan adalah gambar di bawah. Hehehe! di atas tu sebagai penyeri hari kita. Jom kita hayati gambar di bawah.

Gambar di bawah ini menunjukkan seekor anjing cuba mengalihkan rakannya yang telah dilanggar sebuah kereta. Anjing itu tak tahu sama ada rakan dia tu akan mati atau tidak. Anjing pun tahu mengalihkan rakan dia. Manusia pula? kita siap dengan kamera ambil gambar dulu. Kalau ikutkan, kita memang tidak dibenarkan membantu mereka yang kritikal memandangkan mana-mana gerakan yang kita berikan pada mangsa mungkin menyebabkan mangsa makin cedera.

Kalau time kemalangan pun, kita biasanya melihat jer. Paling mampu kita lakukan pun adalah call kepada ambulans atau mana-mana induvidu yang bertanggung jawab. Untuk gambar kali ini, saya ingin menyatakan pengajarannya la, anjing pun tahu bantu kawan.. kita sebagai manusia? jangan tunggu keadaan dah kritikal baru nak tolong.

Di rumah, kalau mak cuci pinggan, berapa ramai yang cuba membantu? Time kawan kita tiada wang, berapa ramai yang sanggup kongsi sedikit makanan kepada mereka? Rumah anak yatim tu, berapa ramai yang lawat? kalau tak untuk program Universiti atau mana-mana aktiviti lawatan rasmi tak ramai yang sanggup melawat ke rumah warga emas.

So, Aku yang malas ni nak ingatkan kita semua, belajar lah dari gambar ini. Sebagai manusia, kita mampu buat lebih elok dari ini kan? Sekian Bye3.


6 Comment:

Encik H said...

erkk..aku teringat video klip kucing yg menangis sbb kawan dia kena langgar kereta..kes yg sama la..haiwan yg kadang2 ada sifat prihatin lebih drpd manusia..

AkuMalas said...

@Encik HOwhhhh!!! video kucing tu!!!! sangat menyayat hati.. hampir nangis aku melihat video tu!!! dia urut2 kawan dia.. bayangkan.. itu teman wanitanya.. kesiannya!

Jna marcello said...

a'ah sedihhh nan mampos!!! H tgk jugak video haiwan ni..egt tgkk video xxxxxxxxxxxx je hahaaha ;D

AkuMalas said...

@Jna marcelloHAhahaa!no comment! banyak makna xxxxxxxxxxxxx tu.. Kesian anjing tu.. Thanks 4 comment. :)

Encik H said...

heppp....pukul kang haaa....grrrrrr

AkuMalas said...

@Encik HPukul dan gigit nanti!hahahaa! :)

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...