AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Antara ayat yang mendorong kita...

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Kali ini aku nak kongsikan beberapa ayat yang dapat membantu kita dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran ini.


  1. Kemahiran atau pengetahuan yang kita ulangi akan menjadi sesuatu yang lebih baik. Jadi, ia bukan lagi satu perlakuan melainkan satu kebiasaan atau tabiat.
  2. Semangat yang utuh dan kental di bentuk oleh pelbagai tentangan dari minda yang negatif.
  3. Mengetahui sahaja tidak memadai jika tidak menggunakannya, kesanggupan sahja tidak bermakna jika tidak melakukannya.
  4. Jika kita tidak berharap, kita tidak akan menjumpai sesuatu yang melebihi apa yang kita harapkan.
  5. Kebijakan muncul dari tindakan berdiam diri dan memerhati dengan penuh pengertian.
Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini, semoga anda memulakan minggu ini dengan lebih bersemangat dan sentiasa berfikiran positif. Sekian. Bye3 (^^)

2 Comment:

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

btol tu...

hidup ini tidak sesukar mana..andai kita sentiasa tanamkan rasa bersyukur...



AkuMalas said...

@C.M.A @ CikMoonAdnanYup! rasa bersyukur tu penting...agar kita tidak mudah mengeluh..kekadang aku ni meluat jika melihat seseorang yg suka mengeluh. dalam diam aku doakan agar dia belajar bersyukur..

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...