AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Bukan salah Pun Kerja Aku ni

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Rasanya aku nak kongsikan dengan u all mengenai apa yang aku selalu buat time boring. Ok, lelaki macam aku ni bukan saja tahu lepak di GYM.. aku minat main dengan pen dan dakwat untuk memuntahkan hasil karya yang best! Kalau time boring tapi tak der kertas, aku kerap kali conteng tangan aku.. Tangan kiri la selalu jadi mangsa sebab aku ni bukan kidal.


Lepas tu, kalau lapang sangat. Aku akan conteng kertas dan warnakannya dengan mana-mana perwarna yang ada di dalam bekas pensel.


Kalau aku rasa aku ada extra masa, aku akan menghasilkan karya menggunakan perisian di dalam laptop lama aku ini. Tekan sana tekan sini, jadilah karya seperti gambar, kad, poster dan lain-lain.


Time Jiwang jika dimanfaatkan, banyak karya yang dapat dihasilkan. Maklumlah.. Feeling time tu. Tak kan sia-siakan feel tu. Aku lakarkan dalam  satu gambar la.


Jadi, semasa aku merasakan waktu itu perlahan sangat berlalu, aku akan melukis supaya tidak terasa waktu itu berlalu. Kalau mengantuk, aku pun mengurangkan rasa mengantuk itu dengan melukis. 


Seharusnya kita semua memiliki minat kan? Jadi apa kata kita manfaatkan minat kita ni untuk menyenangkan diri kita, kadang kala.. ada masanya aku harus melupakan seketikan FB dan TV. Kena juga manjakan diri dengan minat aku yang melibatkan kemahiran. Bukan kemahiran duduk jer..Tak salah jika kerja ini membuatkan aku rasa gembira. dan hasilnya mungkin aku boleh kongsikan dengan insan yang special seperti u all, yang sedang melihat sebahagian dari luahan mindaku melalui lukisan (^_^).

Sekian..

15 Comment:

Everything's Everythings said...

Dah serupa tattoo pula tu haha,
cantik betul lukisan kau ^^

Jna marcello said...

wahhhhh best nye kalau sy pun sekretif awk!!!
jgn sia2 kan bakat yg ade ;)

Fiza Suhaimi said...

kreatif! keep it up okayy :)

shinji izac said...

serius.. dah la badan power,
pastu ade skill yg "rare" plak tu,
karya bro memang best tengok..
yang kat tangan tu, cari la kertas, kan leh conteng.. hihi~

ps : perlu ke " i hate milk " kat dada pmpuan tuwh? kahkahkah :P

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

sekurang2nya... takde laa masa terbuang begitu je kan...

ok laa minat melukis... kalo aku... reti lukis org lidi je.. lalalalala~

Encik H said...

1st!! (kot)

Encik H said...

aku dah lama tak melukis..last aku melukis rasanya dalam 10tahun lepas..skg ni tangan dah keras..zzzz

AkuMalas said...

@Everything's EverythingsYA kah?kalau tattoo yang real..payah dibuatnya.. Eh? u nak widget siapa yang comment banyak tu kan? Nak aku buat entri Toturial mengenai itu kah?

AkuMalas said...

@Jna marcelloThanks, semua orang ada bakatnya tersendiri. (^^) You too, i will add u later on. thanks 4 comment.

AkuMalas said...

@Fiza SuhaimiThanks, I wana check ur Blog!! hehehhee!thanks! (^&^)

AkuMalas said...

@shinji izacHahahhahaa!ahaha!ke situ pulak! Hehehe! Power sangat ke aku ni? X ada la.. biasa2 jer! makan nasik jugak!! hahaha! I hate milk.. tu.. entah..idea jer lah! tapi dada kartoon tu agak besar la! (O.O)

AkuMalas said...

@C.M.A @ CikMoonAdnanYa, dari mainat kepada pengisi masa lapang. Eh!!jangan main2 dengan lukisan orang lidi! Lukisan tu cantik juga kalau dimurnikan! lepas ni aku post lukisan orang lidi yang mengancam!ok? DEAL!

AkuMalas said...

@Encik HAlamak! lamanya u dah x melukis!!!alamakkkk!!!!!hahahaha!! kalau aku..tentu dah berkarat jari aku.. x apa. masih ada masa untuk berlatih.

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

@AkuMalas
org lidi yg mengancam?? hmmm...duk bayangkan jap... camne nak mengancam.. satu garis je nak lukis org lidi.. hehe..

kalo ko de buat org lidi.. meh kasi aku nengok ye...

al maklum ler..tgn aku x berseni.. hehehehehe

AkuMalas said...

@C.M.A @ CikMoonAdnan Boleh! nanti aku postkan lukisan menggunakan orang lidi.. walaupun lidi, ada juga yang suka. (^o^) Thanks 4 da idea.

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...