AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Bunyi Misteri di dalam GYM Hari ini.

Salam sejahtera kepada anda semua. Seperti biasa, blogger yang malas ini akan menjaga kesihatan. Bukan study jer kena buat di IPGKS Miri ni, student kena fit. Maklumlah, lepas ni kena hantar ke dalam hutan. Saya ni mengambil pengajian yang memang akan dihantar ke kawasan pedalaman. Ok!! berbalik kepada tajuk di atas.



Bunyi tajuk ni macam mister dan pelik jer kan? Tapi tak apa, ada bukti aku sertakan.. ada gambar nya sekali. Aku pun tak pasti apa nak dibuat lepas ni. Biasa la aku ni jenis yang suka sajak, Novel, pelihara haiwan comel, aku bukannya ganas sangat pun... aku bukannya kejam sangat pun dalam membuat keputusan.


Aku tadi Di dalam GYM ( Sebenarnya Bilik Kecergasan ) bersama rakan-rakan terdengar sesuatu bunyi yang pelik selepas aku dan yang lain memasang speaker atau lagu Pit Bull. Biasa la time bersenam kena ada musik sikit baru ada feel. Apakah bunyi itu? Bunyi tersebut datang dari laci GYM!!!


Rupa rupanya anak kucing yang terkejut dari tidur! sebab muzik bilik GYM!! alamak, terpaksa la aku tak main lama di GYM. Supaya tidak menakutkan ibunya yang mungkin berada di sekitar GYM ni. Anaknya mengiau ngiau memanggil ibunya. Aduh~ ( ==") mengapa la mak kucing ni bawa anaknya ke GYM ni? Tak apa, aku doakan anak kucing ni tak kelaparan malam ni. Tengok la gambar anak kucing tu.. kesiannya.. ada 4 ekor semuanya. Jantan 3 betina seekor..




Ha.. yang betina ni paling kuat mengiau, lapar aganya. Sampai dinaiki dia pulak laci tu. Ok la.. kena balik awal, tak nak jadi baby sitter.. biar mak dia datang ke GYM. Agaknya mak mereka takut pada manusia.. Ok, Tamat GYM aku nak rest. Bye3!! (^^)

15 Comment:

Encik H said...

first!! (konfem first)

Encik H said...

"aku bukannya ganas sangat pun"

hahaha..walaupun kau tak ganas, tapi aku takut tengok badan kau bro..rasa macam kau ni kaki pukul..kehkeh

AkuMalas said...

@Encik HHahaha!lawak lah u!! nak jadi First Commentator?!! Hahaha! aku ni memang tak ganas la.. Ok!! AKU ADA IDEA.. Thanks Encik H!! gara2 comment u..aku akan post satu enteri terakhir untuk malam ni. Tunggu ya..10 Minit. Mempersembahkan..Entri "The Encik H Effect -adakah aku mencurangi diriku?"

Jna marcello said...

2nd *cop hahahaha

hahahahah xbole blah taw entry si malas ni kekekekekekkekeke

Miz Pineapple said...

omaigosh..tagap juga..haha..XD

AkuMalas said...

@Jna marcello HAhahhaa! happnyerr dia.. Second comment dari u! hahaha! Kesian anak kucing tu..

AkuMalas said...

@Miz Pineapple Blogger ni tagap? or kucing tu.. hahaha! biasa lah! Org Sabah Style! hehehe! nanti balik sabah! lepak di 1B.

shinji izac said...

ape lagi,..
amik n bela laaa... :)

Everything's Everythings said...

Owh igtkan bunyi apa tadi..
takpe jgn risau kalau ada hantu kau kasi smackdown je! hahah tak berani mereka ;P

aswadz said...

confirm terkejut beruk anak kucing tuh...

AkuMalas said...

@shinji izacNak bela, tapi x dapat bawa asrama..kena marah dek warden nanti.Kalau rumah saya dekat Miri kan senang..Ni 450km dari Miri. Bagus cadangan u.. memang nak ambil ni.. :)

AkuMalas said...

@Everything's EverythingsHehehe,kalau saya ada kuasa macam penangkap puaka senang la!hahaha! Sorry lewat rply.. (^o^)

AkuMalas said...

@aswadzRasanya la.. sebab aku on lagu bermuzik rancak.Kesian..dah la laci tu tepi speaker!

Hnahdy said...

biarlah kan anak kcing tu dlm gym :) kecik lg

AkuMalas said...

@Hnahdy Semalam mak nya dah bawa baby dia pindah. (=.=)

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...