AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Gambar burung... di pagi hari yang mengajarku sesuatu.


Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Pagi tadi aku nak ke kelas, bangun pagi di IPGKS Miri ni adakalnya membuatkan aku terkejut dengan dunia tepi pantainya. Terkejut dengan tumbuhan dan haiwannya. Kali ini aku terkejut sebab ada burung lepak mencari serangga yang keluar dari rumput yang basah di pagi hari. Burung tu tak lari. Wow, tak takut pada manusia agaknya.


Mungkin burung itu tahu, siapa lawan dan siapa kawan. sebab itu dia tak lari. Mungkin juga burung itu tidak lari sebab dia tahu kemampuan dia untuk menyelamatkan diri dari padaku jika aku bertukar menjadi kucing dan mengamuk. Di sini aku belajar akan sesuatu...

Hidup di dunia ini, kita hendaklah mengetahui potensi diri. Jangan asyik jaga tepi kain orang jer. Tak salah jika kita mengetahui kelebihan dan kelemahan orang lain. Mungkin untuk menjaga diri dan menetahui cara untuk menangani orang lain. 

Tapi, jika kita seorang perantau (seperti aku) kita hendaklah tahu akan kemampuan diri, agar kita dapat menilai situasi dan mengharungi cabaran yang akan datang. Adakah kita mampu atau tidak? adakah kita harus mengelak atau berhadapan dengan cabaran itu? Selidiki diri dulu. Sekian... (^^)

PSsStt: Berapa ekor burung yang anda dapat lihat pada gambar pertama? Jika 3 anda salah tu.. ada 4!!

15 Comment:

Encik H said...

kalau sekali imbas memang nampak 3 jer..yg paling bawah tu ada 2ekor tengah duduk rapat2 kot..

nur anis said...

tu namanya jinak jinak merpati..cuba dekat lagi, mesti terbang..:)

AkuMalas said...

@Encik H Hahaha!4 sebenarnya! hehehe.. Shhh... nanti beritahu..mana yang satu lagi.

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

hmmm...nampak 3 jerkkk...

Encik H said...

kat longkang tu ke? hahaha

Hnahdy said...

nice entry :)

AkuMalas said...

@nur anis Hehehe,jinak..jinak merpati!hehehe..ya..memang jinak..x lari bila ku dekatinya..namun saat aku cuba menangkapnya..ia berterbangan lari.. =="

AkuMalas said...

@C.M.A @ CikMoonAdnan Tiga jer? hehehe..hampir tepat!hahaha! cubaan yang bagus. (^^)

AkuMalas said...

@Encik H Kat longkang? wow! semakin kreatif nampaknya!hahaha!

AkuMalas said...

@HnahdyThanks ^^ sekadar perkongsian di sini. :)

shinji izac said...

3 ekor ja... mane de 4... tpu nieee

AkuMalas said...

@shinji izacDalam tu memang tiga la..seekor dah terbang... nak blog walking katanya.. hahahahaha!!! JAWAPANNYA 3 EKOR!! siapa yang meneka 3 Ekor, akan mendapat hadiah!iaitu percutian selama sehari di rumah sendiri pada Hari AHAD.

AkuMalas said...

@shinji izacDalam tu memang tiga la..seekor dah terbang... nak blog walking katanya.. hahahahaha!!! JAWAPANNYA 3 EKOR!! siapa yang meneka 3 Ekor, akan mendapat hadiah!iaitu percutian selama sehari di rumah sendiri pada Hari AHAD.

Encik H said...

tak baik tipu wooo...grrrrrr

AkuMalas said...

@Encik HHahahhaa! sorry.. sekali sekala jengking main2 kan kawan. Jangan marah nanti kena jual!hehehe!

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...