AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Izinkan Aku Bersajak untuk si dia, ayah...



Tajuk: Semakin Rindu


Kerinduan yang kau beri ibarat racun yang berbisa,

Namun suaramu seperti penawar semua bahaya,

Bahagia mendengar suaramu dikala telefon bersama,

Lebih bahagia emosi ini andai abadi selamanya,

Setiap hari aku rela diracuni,

Setiap hari penawar jua kau diberi,

Kasihmu sungguh melebihi,

Apa yang ku fahami,

Menjadikan aku lali dan ingin lagi dan lagi...

Dan harus diubati dengan kebahagiaan yang semakin menjadi-jadi,

Sehingga satu saat nanti,

Aku menyerah pada takdir,

Agar kau miliki selamanya jiwa ini,

Akhirnya kau tahu seluruh raga ini,

Walaupun aku akan kembali jua nanti,

Menghadap Sang Pencipta Syurgawi,

Meratapi nyawa yang telah ku pinjam di bumi,

Memori ku bawa mati,

Dengan dirimu yang sungguh ku cintai.



By: Chrisroyston Bakum a.k.a Aku Malas


7 Comment:

Encik H said...

ayah kau tentu bangga dgn kau..pasti! :)

AkuMalas said...

@Encik HAMIN... thanks. (^^)

Jna marcello said...

ppuan tu macam say *bole x nk perasan?? hahaha
GURAU!!!!!

aku malas ni sweet jugak org nya!

Evagurl Izma said...

itu lukisan kau?

awesome!

Jna marcello said...

^^selamat hari raya awk ^^

AkuMalas said...

@Jna marcelloYe la!hahahhaaa!!ehem ehem! perasan tahap apa tu? hehehehe! terima kasih.. selamat hari Raya juga kepada awak yang sudi meninggalkan sesuatu dalam blog sayer!hahaha!

AkuMalas said...

@Evagurl IzmaYang atas tu bukan.. yang di bawah tu ya..hehehe.. saya suka melukis lukisan yg macam cartoon..sebab dah puas lukis macam yang di atas tu.. rasanya nak post enteri lukisan yang macam di atas tu la!hahaha!thanks. :) Selamat HAri Raya Haji!

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...