AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Kawan baik? Atau Kawan yang best..

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog yang malas dan jarang dan updeta entri nya. Rasanya lepas ni aku nak off kan comment moderation la.. kesian pula pada yang nak comment secara terbuka tapi x boleh, sebab comment dia terpaksa ditapis.. Eh? perlukah aku offkan comment morderation itu? hahahaha! Ok!! hari ini aku nak kongsikan pandangan aku mengenai kawan.

Aku ada kawan u pun ada kawan, sejauh mana mereka tersenyum kerana anda sejauh itulah ikatan persahabatan anda. Makin banyak senyum, makin serasi la u all. Mungkin makin lama juga anda berkawan! kalau boleh untuk selamanya la..

Kalau kita ni kawan yang sangat baik, terluka mana pun, tersindir ker.. tersilap kata ker.. kita masih mampu memaafkan kawan kita. Sebab kita berkawan atas dasar keikhlasan dan keserasian. Tentu ramai yang dah tengok cerita Do Re Me atau 3 Idiots kan? Mereka berkawan dan sentiasa cuba menyerikan hari2 kawan baik mereka. Tak kisah lah dikala terluka atau senang. Mereka tetap bersama. Sehingga bab cari kekasih pun, sampai nak rebut-rebut pun tak juga mambuatkan ikatan persahabatan mereka terputus.

 
Gambar di atas adalah gambar kawan aku yang suka bawa bekas air!!hahaha! Baru balik dari jogging.

 
Ni pula kawan aku, serasi walaupun x sama kaum.

 
Ni pula kawan yang pandai buat tatoo. HAhaha!

Semoga dalam berkawan ni, kita tak terputus hubungan la. Kalau berjauhan pun, kita akan cuba mengenang kembali kawan kita melalui gambar dan memori yang telah kita kongsikan bersama. :) Yang penting kita hendaklah:

  1. Saling memahami.
  2. Jangan berselindung jika ada masaalah
  3. Jangan keras kepala
  4. Ikhlas berkawan
  5. Sporting dan happy (time sakit lain la.. tak kan pulak melompat lompat time patah kaki)
  6. Paling penting, saling menghormati.
 
Bersama-sama kawan mengutip buah di kampung. Program Bina Insan Guru IPGKS Miri.

Aku harap u all happy dengan kawan yang u all ada. Bersyukur dengan apa yang ada ok? Semoga anda menjaga hubungan dengan kawan anda itu. Ada juga ke dari kawan menjadi kawin?!! hahahha!ok, nantikan cerita aku yang akan datang. Bye3. (^^)

4 Comment:

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

kalau kita nak lihat siapa teman yg terbaik..lihatlah di saat kita susah dan terjatuh... siapa yg akan hulurkan bantuan di saat kita memerlukan.. siapa yg menghulurkan tangan di saat kita jatuh tersungkur...

shinji izac said...

tingat citer 3 idiot bila bcerita pasal kawan..
ade lagi ke kawan macam dlm citer tu..huhu~

AkuMalas said...

@C.M.A @ CikMoonAdnanSetuju dengan u.Kawan baik dan kawan sejati..x mengira waktu susah atau senang kan?

AkuMalas said...

@shinji izacRasanya ada kot.. kalau kat bandar2 semua org mengejar cita2 masing2.. mungkin kat kampung?! macam time kecik2 dulu! mandi sungai sama,luka sebab main mercun sama2!aduh... kenangan.

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...