AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Lelaki itu dan Hari-Hari yang dilaluinya.

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Aku ada benda nak dipost dalam blg ni. Benda tersebut adalah mengenai apa yang lelaki buat dalam masa Isnin hingga Jumaat berdasarkan pemerhatian aku di sini la! hahahhaa! Kalau tak tepat tu jangan marah la..ok?

 
Isnin
Bangun pagi dan lihat cermin sambil memikirkan kerja-kerja yang belum siap. Aduhhh.. jalankan tanggung jawab dengan rasa yang berat. Kerja Yang sudah siap settle dah, happy la sikit. Memikirkan mengenai berapa hari lagi akan berlalu sebelum hari Sabtu, aduhhh... Petangnya relax tak lepak. Mandi lama-lama.. kemudian... Fokus kepada makanan segera, malas nak masak. Isnin, malamnya relax layan tv or movie la.

 
Selasa
Bangun pagi dan turun kerja. Malas nak fikir apa-apa just fikirkan jalan raya yang sesak. Then time kerja rasa nak settlekan semua kerja agar petang nanti free sikit dapat balik dan mandi. Tak terasa hari berlalu laju sebab banyak kerja rupanya belum selesai. Banyak kerja nak dibuat. Malamnya tengok tv lah kemudian settlekan kerja yang belum siap.

 
Rabu
Mula rasa bosan menghitung hari. Turun kerja awal sikit lah! nak buat kelainan dari hari sebelumnya. Mungkin makan di luar atau ajak kawan lepak lepas kerja. Time kerja duduk dengan relax buat dan buat kerja sehingga rasa nak tidur. Lamanya hari nak berlalu kali ini. Waktu petang dah tiba, rasa bersemangat la pulak! Nak lepak lah! Malamnya relax sikit then kalau boleh makan di luar.. alamak berlambak baju belum dicuci!! arghhh, malasnya.. Kerja masih ada yang belum siap. Nak download movie baru la... untuk hujung minggu ni nanti.


 
Khamis
Bangun dengan senyuman!! Esok jumaat!! Masuk bilik mandi dan styling rambut sampai hampir terlewat turun kerja! Di pejabat buat kerja sekejap, then relax... sambung balik kerja then stop sekejap..fikir tentang apa nak dibuat lusa... sambung kerja sekejap then stop balik.. Senyum seorang diri.. sedar tak sedar banyak kerja yang dah siap! Yahoo!! balik dengan gembira! terus ke rumah mandi makan TIDURRR no Tv no Lepak!!! tak sabar nak jumpa hari Jumaat.

 
Jumaat
Bangun dengan cool, relax... mandi sambil nyanyi, pakai baju paling kemas dan bergaya. Turun kerja macam bos. Buat kerja macam bos. Minum kopi macam bos. Duduk macam Bos. Senyum dan gembira. Mula la tangan gatal check dompet. Tengok2 duit. Then duduk sambung kerja, lihat kiri kanan cari kawan. Mula fikirkan mengenai makan malam, menu apa? siapa ikut makan? Dekat mana? sampai pukul berapa? Perlu tidur ke tak malam ni? Balik kerja slow dan steady macam Bos.. tidak balik ke rumah dulu, kita makan dulu petang tu! makan di luar.. kemudian balik mandi macam bos.. kemudian teringatkan kawan. Nak keluar ke mana? jalan-jalan? jom!! makan angin dan makan lagi!! tak cukup makan petang!

Hehehe, maaf yer, sekadar nak tulis jer.. rasanya ada mengena ker? ni aku perhatikan pada En. Kucing yang berada di tempat saya ni. Ini lah yang selalu dia buat. HAhahhaaa! Sekian (^^)

3 Comment:

Encik H said...

yela2..aku bukan first kan? xpe..second!!

Encik H said...

hari selasa kenapa buku nota dia terbalik? betul ke siapkan kerja tu? hahaha

AkuMalas said...

@Encik HEH?!!!!! First LAHHH!!!! TAKHNIAH!!! hahahaa!kenapa terbalik? Sebab lebih baik terbalik nota daripada terbalik jiwa.. terbalik = terbaik! hehehehhee! (^^)

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...