AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Mencabarnya cari makan ( Jangan banyak mengeluh, banyakkan bersyukur )

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Pernahkah anda terfikir mengenai makan dan makan dan makan? ya.. aku kelaparan dan nak makan. Terfikir mengenai makan, terfikir juga mengenai wang. Tak ada benda yang percuma melainkan time rumah terbuka. Kali ini aku nak berkongsikan mengenai isu makan dan wang. Bukan senang nak makan pada masa ni.



Ada sekali aku order nasi lemak, sekali harganya mencecah RM4!! Ni macam harga nasi lemak berkerim dah. Hehehe, mungkin di bandar benda ni biasa jer.. apa la sangat jika dibandingkan dengan kampung aku di Sarikei sana. Makan dan minum baru jer R4 kat kedai kegemaranku. Di bandar besar seperti Miri, kita kena tabah jika tak tahu lokasi kedai yang harganya untuk orang kedekut macam aku. Tak ada banyak budjet untuk makan bah. RM4 untuk nasi lemak tu agak mahal la, lauknya sikit jer tak termasuk air.

Ok, sambil-sambil kita berfikir mengenai makan-makan ni, apa kata kita lihat beberapa menu yang aku dah makan sepanjang bulan ni. Nanti aku sertakan harganya..

RM10 ( Lemon Chicken Rice + Mee + Air Bandung)

RM3 (Kolo Mee)

RM 10 ( Ayam kecik )

RM6 ( Keladi ungu jus + Lauk tanpa nasi )

RM25 ( Steam boat )

Dah lihat makanan yang kau makan kan? Aku masih manusia biasa, makan nasik dan lauk bukannya makan besi!hahaha! Ok, ada orang masak sendiri di rumah untuk budjet kan? ada yang tak. Yang tidak masa sendiri tu mungkin disebabkan busy dan tidak tahu masak. Apa-apapun, kita kena bersyukur la dengan apa yang kita mampu miliki dan makan. Sebab banyak lagi orang di luar sana hidup dalam kesusahan, sehinggakan seteguk susu pun tidak mampu dinikmati.. apa lagi nasi.


Apa-apa pun aku nak ingatkan diri mengenai cabaran pada masa kini mengenai hidup. Semua perlu wang, kalau nak wang kena ada kerja, dari yang baik ke tak baik kerja tu kekadang tak kisah. asalkan dapat makan, macam kes baru-baru ni. Mencuri kerana lapar. Kesiannya.. gara-gara cabaran untuk menikmati makanan tu orang sanggup melakukan jenayah. Kesian. Untuk aku, mengenai makan ni, kena la berjimat. Jangan sampai tak makan pulak hujung bulan gara2 dah makan mewah sepanjang awal bulan. Well, teringat juga.. disaat menikmati makanan time sangat lapar, jangan la lupa berdoa.. maklumlah, makanan tu nampak sedap dan menggoda di saat lapar tahap dewa. Sekian. (^^)

20 Comment:

shinji izac said...

aku komen 1st..!!
betul ke?
hahaha.. terpengaruh ngn Encik H..

mak aku pesan,biar duit abis kat makan minum..
jangan abis kat tempat laen.. :P

AkuMalas said...

@shinji izacTepat!! andalah yang pertama!!hahaha! mengenai nasihat mak u tu.. AKU PUN SAMA!! mak aku kata benda yang sama la!! u ni abang aku ker? wahhhhhh!!!! ABANGG!!!

Everything's Everythings said...

Betul tu kan? kalau boleh jangan lah membazir makanan ^^
kesian kt org yg tak dpt makanan tu..
Tapi tu lah kadang2 nafsu makan ni tak dpt jaga =.="
bila pergi kedai tgk gmbar makanan semuanya cantik-cantik belaka so 'ter'order lah byk2..

Orang ckp makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang ^^

cweet pinky said...

CP follow kamu singgah sini dari blog segalanya :D

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

btol cakap shinji tu... aku pon lagi suka kalau duit bnyak habis ke benda makan..dari habis ke arah benda yg ntah pape je..

kita perlu sentiasa bersyukur... lihat je laa sekeliling kita, insan yg lemah, miskin.. terkadang.. mereka hanya mampu minum air saja utk menghilangkan lapar...

shinji izac said...

hahah..
bukan ke kite smua ni adik beradik..
just laen mak bapak je kan kan? :P

aku rase sume mak akan cakap cmtu, yela..xnk tengok anak diorang abis duit kat benda yg x senonoh plak nnt..

Hnahdy said...

Amboi.. meriah betul makan untuk sebulan.hehe tapi yang kolo mee tu murah plak. susah nak dapat makanan harga RM3. dulu pun paling rendah RM3.50

Miz Pineapple said...

kolo meee...lama suda x merasa.. ~drooling~ XD

Encik H said...

errr...aku tak terlibat dalam ini gambar..:-w

Hnahdy said...

:)

AkuMalas said...

@Everything's Everythings Mengenai isu makan ni, terlebih makan tu tanggung jawab sendiri.. asalkan x membazir tu tak apa la. APa-apapun bersyukur dengan segala yang kita nikmati. Setuju dengan Mr.Segalanya!hehehe! (^^)

AkuMalas said...

@cweet pinky Wokeyh, (^^)

AkuMalas said...

@C.M.A @ CikMoonAdnan Kita yang mampu, makan lah apa yang termampu kita beli dan miliki, jangan pula sengaja nak berjimat sampai berikat perut..sebab dalam hal makan ni..kita kena memenuhi keperluan badan.HEhehe.Betul tu cik Bulan. (^o^)

AkuMalas said...

@shinji izac Wow!! u got double point there mr Shinji!!! Kita adik beradik!hehehe!! and jangan buang duit untuk perkara yg x berfaedah..untuk hobi yang mengisi masa senggang ok la..macam aku..modified kereta dan bersenam..guna duit gak..tapi perkara tu baik dan x mendatangkan bahaya. (^.<)

AkuMalas said...

@Hnahdy Itu la..kena bersyukur dengan apa yang ada.. tapi kat bandar besar..makanannya memang mahal la..kalau tahu cari tempat murah..lagi bagus. :) Hehehe!

AkuMalas said...

@Miz Pineapple Aipp!! Kaw pun taw pasal mee legendary ini?!! Hak hak hak! XD

AkuMalas said...

@Encik H HAhahahha!tetiba jer!!hehehehe!!lawak! ;-P

AkuMalas said...

@Hnahdy Salam 1 IPG. :)

Miz Pineapple said...

@AkuMalas
the jimatEst food ba 2.. 2thn stay kch kn.. XD

AkuMalas said...

@Miz PineappleOwwwhhhh ya?!! lama juga dah u di Kuching!training kan?

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...