AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Minggu Exam!

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Yeah! minggu perperiksaan dah tiba, ini tandanya musim cuti makin dekat! ye la, sebagai manusia biasa aku sangat gemar menikmati cuti yang indah bersama keluarga yang tercinta. Sebelum meneruskan celoteh ini! Aku tak lupa nak ucapkan selamat hari Raya Haji kepada semua yang menyambut di luar sana.


Hey!hey!! aku pun ada ikut sambut tau! ada majlis sambutan Raya Haji di sini. Malangnya aku join manyembut lauk pauk yang disediakan pada hari tu, hasil kutipan bersama bersama rakan-rakan, dapatlah kami menyembelih seekor kambing yang bernilai RM800! Hehehe! Happy! Jangan terover happy pula, nanti makna Raya yang sebenar pula lupa.


Berbalik kepada topik entri ini. Aku nak luahkan isi hatiku yang terdalam ini. Time-time minggu exam ini, aku ditemani jerawat yang kian tumbuh menghiasi kulit wajahku yang ayu! Mengapa jerawat ini tumbuh?! Setelah disiasat, rupanya jerawat ini tumbuh selepas seminggu aku mengamalkan memakan mee segera! Usah disebut jenama apa yer! Nanti Syarikat Mee Sedap dan Maggie akan saman aku. Alamak! dah tersebut la pulak! Ye la... saya mengakui, budaya makan mee semasa kekurangan bajet x baik untuk orang yang cute dan handsome. Sayang muka tu...


Hilang motivasi nak jawab papaer exam sebab jururawat tumbuh.. alamak! Jerawat lah!bukan jururawat! Nak jawab soalan exam pun rasa malu, nak angkat pen pun rasa malu... nak masuk ke dewan perperiksaan pun malu!!!! OMG!!!!

So, mulai hari ini, aku berkempen untuk tak makan mee. Semi menjaga wajah yang berseri dan ayu untuk persediaan hari Natal waktu cuti nanti! Bye3! selamat menjalani hari Isnin yang luar biasa! Lov u all!

SEMUA BENCI JERAWAT!!
tapi suka picit depan cermin..hehehe..

0 Comment:

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...