AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

Senja itu

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Tiada yang lain jika aku tak nak bercakap panjang melainkan berkongsi akan gambar. Kali ini aku akan kongsikan gambar senja di IPGKS Miri. Suasana senja di sini sangat oren, jadi kali ini aku telah mengambil beberapa keping gambar senja yang mungkin akan membuatkan kita lebih menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan yang luar biasa!




Sajak Senja Oleh Si Aku Malas lah...

Saat diriku menguliri masa,
Meniti akar usia,
Kelihatan butiran debu dunia,
Debu syurga menghiasi lensa mata,
Butiran pelbagai warna,
Peneman hidup menuju senja,

Jika dulu berpanas,
Kini gelangangku redup,
Jika dulu ragaku tangks,
Kini ia kian gugup,
Gugup berdrama di persada usia,
Menemui pelbagai jiwa,
Sehingga terantai oleh cinta,

Kisah kian membawaku leka,
Perih dan pedih tidak terasa,
Olehnya bahagia aku merempuh masa,
Mengejar usia tua bersama,
Merasakan dermaga di pelabuhan cinta,
Senja menjadi karya,
Lakaran buku nyawa di ufuk dunia.

Gambar Hitam putih dikala petang di IPGKS Miri. Sekian (^^) Bye3.

8 Comment:

Jna marcello said...

CANTIKKK GILAAAAA SENJA KAT SNE..BARU KEJAP NI JNA AMBEK PIX KAT SUBANG NI PUN SMA JUGAKKK OREN YANG CANTIK!!! TP SYG PIX X CLEAR SGT!!!!

AkuMalas said...

@Jna marcello Hehehe!peminat senja la ni? Senja.. best..udaranya sejuk.. cahayanya malap..

RazFiRa said...

cantiknye langit merah :)

Encik H said...

bercerita pasal senja ni buat aku teringat satu lagu..hehehe

AkuMalas said...

@RazFiRa Cantiknya alam ini.. cantik lagi jika dihayati secara live!hehhee~

AkuMalas said...

@Encik HSaya tahu apa yg Encik H fikirkan! lagu AIDS tu kan? hehehe..

Encik H said...

bukan2..lagu bliz - sepi senjaku

AkuMalas said...

@Encik HOww.. maafkan saya sebab gagal meneka dengan tepat!hehehe.. lagu yang saya maksudkan adalah " Terasing Di Bumi Sendiri" hehehe.. Banyak warna senja hehehe. (^^)

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...