AKU MALAS

AKU MALAS
Kemalasan mengamit jemari sehingga merasakan apa yang di hati perlu dicoret. Pengertian akan makna malas itu hanya menjelaskan kepada rasa yang wujud untuk aku bergerak dikala enggan lagi berdiam diri. Ya, aku malas untuk berdiam diri. Ada yang menyatakan malas itu tidak elok, namun bagiku ia bergantung kepada pengamatan definisi malas itu dari aspek peribadi bukannya fonetik semata-mata. Sehinggakan aku terfikir untuk berhenti namun masih juga mata membaca blog ini... malas untuk berhenti? Selamat datang ke dalam blog Aku Malas, kisah di sebalik kehidupan di tanah ini.(Sarawak Blogger)

Kawan-kawan

The En.H effect - Adakah aku mencurangi diriku?


Salam sejahtera kepada anda semua yang membaca blog ini. Cuba baca tajuk di atas, tentu anda tak faham kan? ye la.. aku belom cerita lagi kan? Ok biar aku ceritakan kepada anda semua... Mengenai seseorang. Dimulakan rintih dan tanda tanya dengan... Adakah diriku    menafikan kehadiran dirimu? Mengapa dirimu membisu...



Dalam sudut hatiku yang terkecil ini, aku tertanya-tanya, adakah dirimu telah berubah? adakah dirimu masih ingat asalmu? adakah dirimu makin jauh pergi? Takala meniti jambatan waktu yang tak tentu penghujungnya. Adakah kamu masih sama seperti dulu?


Jauh di sudut hatiku, aku mendambakan wajahmu. Ternyata waktu itu sungguh kejam mengajar aku untuk menelan hitam putih cerita tentang kehidupan. Berubahkah dirimu?


Apakah yang telah terjadi? adakah dirimu masih seperti yamg dulu? Adalah hatimu masih meminati lagu-lagu Delova seperti yang pernah dipetik di gitar jemarimu? Aku melihat sayu wajahmu di sebalik kaca yang mengawet dan mengunci kisah ini. Kisah yang lama dah pergi tapi masih bernyawa dalam kotak minda ini.


Wajahmu berubah, dikala aku membandingkan garisan kehidupan pada dahimu. Takala itulah aku menjerit dan menyatakan lalu menyedari.. AKU TETAP AKU!  Berubah di luar tapi di hati tidak! aku masih yang dulu.. pemetik gitar lagu Delova.. Rindu Setengah Mati D'massive, pelukis, dan pelawak.. Aku tidak ganas.. Asalnya aku hanyalah insan yang peramah.. TAPI MALAS! ya.. AKU MALAS!!




Mungkin jasadku berubah kerana cereka dunia dan kelajuan masa ini. Namun hatiku tetap sama.. AKU ADALAH AKU malas~ eh??! Mempersembahkan gambar aku malas kronologi 2 tahun. (gambar di atas adalah time penghujung 2009 di bawah ni agak latest la) Thanks to Encik H.. sebab membuahkan Idea untuk menulis entri ini. 


Selamat malam semua (^^) 

Uitt: Perasan atau tak, telefon yang aku guna untuk ambik gambar masih masa sampai ke hari ini. Cuba lihat gambar. hehehe.. Suke beno ambik gambo depan cermin! Trend kot?! Thanks 4 blog walking here. (^^)

12 Comment:

shinji izac said...

alaaa...... sakit mata lah tengok...
hahahahaha :P

Jna marcello said...

1st! Hahahha yelaaa tu badan mcm tu senang je angkt gf baling terus dlm tong sampah tutop guling ² kan* klau kene gf yg kuat bebel la haaha

Everything's Everythings said...

Wahhh jauh beza kau dulu dan sekarang.. mcm 2 different person! ;D
Kelakar comment Encik H tu hak2

AkuMalas said...

@shinji izacAduh!!! guna Eye-mo la!hahahahaa!gambar lama ni..

AkuMalas said...

@Jna marcellojangan baling dalam tong sampah..baling atas pelamin!kawinkan terus..then baling atas katil then wad bersalin! Biar dia rasa betapa seriusnya cinta ini! Hwahahaha!

AkuMalas said...

@Everything's EverythingsHahahha!x terasa masa telah membentuk kita.. asalkan hati tetap sama ok la.En.H..hehehe, dia sendiri kata dia jarang tulis entri dan Blogwalking.Hahaha!nanti dia tengok entri ini.

Encik H said...

errr..comelnya aku..siap blushing lagi..grrrr..hahaha

AkuMalas said...

@Encik HHwahahhaa! Entah..x der idea sesangat minggu ni nak post apa. Do my best utk share apa yang ku rasa time minggu Assignment ni :)

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

perghh serius.... sangat2 berbeza...

kalau kau just letak pic.. tanpa bgtau tu adalah insan yg sama... konpem aku ingat tu org lain.. mungkin juga itu adik kau.. muahaha~

Hnahdy said...

xpuas hati betul hana. sbb IPGKS ada gym.huhu

AkuMalas said...

@C.M.A @ CikMoonAdnan Hahahhaha!! shhhh~ u all jer yang tahu pasal ni di sini!hahahaha! XD

AkuMalas said...

@Hnahdy Hehhehe, sebenarnya ni bulik kecergasan.. tapi kami usahakan jadi GYM..aduh..banyaknya kertas kerja dan urusan sebelum ni..tapi, akhirnya berjaya ditubuhkan walaupun x lengkap.

Post a Comment

Tanya la apa sahaja, nanti aku cuba jawab sebagai pemalas. Thanks. +1 Luck pada yang comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku dah Tulis

Recent Posts Widget

Featured Post

FZ 150 berkepala Kawasaki Z

You ingat manusia saja dapat buat pembedahan kosmetik tukar hidung tukar mata? Itu belum cukup dahsyat sebab manusia setakat tukar hidung ...